Assalamualaikum & hi. Tulisan kali ini, aku nak kongsikan pengalaman aku bercuti di kota New York selama 3 hari 2 malam. Untuk pengetahuan semua, sepanjang cuti summer ini, aku takdelah sakan bercuti sangat sebabnya aku kerja dan juga well, keewangan agak tight. Since 4th July tu cuti umum and jatuh pada hari Isnin, jadi aku tak kerjalah hari itu and in the same time, aku ada janji dengan rakan aku dari Saudi, Najla yang nak bercuti ke New York sama-sama.
Nak jadikan gambar timeline ahaks
Akupun ambillah cuti hari Jumaat tersebut untuk pick up Najla dari rumah dia kat State College and drive her up to Harrisburg sekali dengan Syaf (Housemate & Senior saya) sebab Najla ambil Summer courses kat Harrisburg and lagipun kawan-kawan Malaysians aku ramai yang balik Malaysia and ada yang suruh aku jagakan Kereta dorang. So, that's a great chance untuk aku melawat Harrisburg and jalan-jalan sekitar Harrisburg dengan berkereta hahaha.
Najla, Syaf & Rahil di Penn State Harrisburg
Drive dari State College up to Harrisburg, Yep akulah supirnya hehe.
Lagipun, Harrisburg lagi dekat dengan New York City. Lebih kurang 4 hours drive je untuk sampai. So dari State College ke Harrisburg kitaorang drive and from Harrisburg ke NYC naik bus. Tambang pergi dalam $38 per person and balik dalam $39. Agak murah jugaklah compared to naik dari State College.
So anggaran kasar tambang dari State College ke New York dalam $77.
Naik Bus dari Harrisburg ke New York City lessgo
Untuk hotel, aku & syaf guna website Priceline. Kitaorang guna this feature where dia bagi macam random hotel 4 bintang tapi kitaorang hanya bayar dalam $158 per night for 3 person (which is in the end Najla tak jadi ikut sebab dia ada exam, kalau tak boleh cut lagi banyak cost kat sini). Hotel yang akan dapat adalah random tapi still 4 bintang lah. So, dalam list possible hotel ada Hilton, Grand Hyatt and etc tapi semua kat area Manhattan lah. Rezeki kitaorang, kitaorang dapat Grand Hyatt. Dude, FREAKING GRAND HYATT! Kat KL pun tak mampu nak tidur kat Grand Hyatt ni kan pula kat New York City, memang kitaorang excited gila lah bila dapat Grand Hyatt sebab sebelah Grand Hyatt tu Grand Central which is all subway connections berada di sini. Kiranya Grand Central ni macam KL Central lah. Like 1 minit je jalan dari Grand Hyatt ke Grand Central sebab sebelah-sebelah je.
Tak silap total stay di Grand Hyatt dalam $510 tapi bahagi 3 walaupun sorang tu tak jadi pergi sebab yelah dah janji nak ikut tapi last-last tak ikut kenalah juga bayar hehe. So sorang dapatlah dalam $170 per person. Bila aku cerita kat officemate aku yang aku nanti duduk Grand Hyatt kat NYC pun dia terkejut hahaha sebab dapat rate $170 semalam haha. Kat US ni untuk dapat hotel murah kena bijak guna website macam Priceline, Expedia etc untuk dapat rate yang murah.
In the same time, kitaorang beli juga tiket untuk naik cruise ke Statue of Liberty which is in the same time ada diskaun jugak which is around $12 je per person untuk cruise tu. Harga asal adalah dalam $40 tapi since dapat diskaun bolehlah dapat $12 naik cruise. Untung kan? Again, kena bijak cari diskaun and huge deals. For students, untuk masuk American Natural Museum (ala museum dalam cerita Night at The Museum tu yang semua patung & haiwan bergerak time malam tu) dalam $18 dollar je. So sekarang total tourist attraction yang kitaorang spend adalah around $30 per person sahaja.
Naik Cruise namanya Princess Majesty
Statue Of Liberty, kalau naik yang cruise free tak kan nampak dekat macam ni ahaks
American Natural Museum
Tak nak tulis panjang-panjang tapi ini adalah itinerary & aktiviti kami dari Day 1 sampai Day 3 di New York. By the end of this entry, aku akan masukkan jugak total expenses per person sepanjang trip ini :)
Oh sebelum lupa, kat NYC aku beli 7 Day unlimited subway and bus pass yang berharga $33. So, basically memang kitaorang fully utilize subway and public transport kat NYC.
The iconic New york MetroCard
Day 1
Sampai NYC dalam pukul 6 petang and terus check in di Grand Hyatt. On that night, kitaorang pergi Koreatown untuk makan kat BCG Tofu which is very famous in the US. It's a korean restaurant and kitaorang pergi K mart jugak. Highlight of the night, kitaorang pergi Empire State Building juga. Empire State building usmpah overrated and tak berapa nak best sangat actually. Malam tu makan kat BCG Tofu + K mart dalam kurang $40
Rasa macam kat Korea betul Koreatown dia
BCG Tofu
K-Mart
Empire State Building
Day 2
Hari ke-2 kitaorang pergi naik cruise tengok Statue of Liberty. Pastu pergi makan kat restaurant Malaysia, Rasa sebab lapar sangat then terus ke American Natural Museum dan Cenral Park. Museum tu tepi central park je. Malam tu terus ke Times Square. Half day habiskan kat Museum and memang pusing hampir 90% museum tersebut mana taknya stay sampai museum tu tutup hahahaha.
Makan kat Rasa NYC memang mahal betul. huhu menangis jugaklah time bayar tu huhu. Makan 2 orang total $70 huhu. Saya punya portion around $30. Kat Times square beli T-shirt NYC dalam $15 agaknya. So, total spending utk Day 2 adalah dalam $50 sebab amik Lyft (macam grab) pagi tu utk pergi ke tempat cruise sebab takde train.
Restoran Rasa NYC
Nasi goreng kampung NYC RM 100+ sepinggan hurm
Nilah Restoran Rasa NYC. Sangat Mahal. Found someone quite famous in Malaysia here according to Syaf tapi saya tak kenal.
Central Park + American Natural Museum time ni tenga renovate so buruk sikit scenery kat luar tu penuh hawker jual ice-cream and Gyro. Harga hawker ni pun cekik darah jugak
Momen-momen di Times Square NYC
Day 3
Hari ini adalah hari last kat NYC. Pagi tu jumpa Jin Kai one of the brightest student in Permata Pintar and also Petronas sponsored student. Kitaorang breakfast kat Grand Central jap pagi tu around $20 for my portion and then kitaorang pergi Malaysia Embassy New York punya cawangan.
Luar Embassy Malaysia di NYC
Kan Monday tu 1st July. So office and semua pusat kerajaan tutup. Kitaorang ni pulak dok berlegar-legar depan Embassy NYC and memang takde niat nak masuk pun. Tetiba si Jin Kai ni gatal tangan pergi tekan loceng. Aku cakap kat dia kang nanti ada pak guard keluar marah kita camna haha. Last-last memang ada orang keluar hahahahhaha. Jin Kai pun acah-acah cool and buat2 sembang dengan encik tu. Aku lupa dah nama apa hahaa and kitaorang dijemput masuk. He also mentioned that dia tengok je kitaorang berlegar-legar kat depan embassy thru CCTV hahahhaha. What a funny day. Kalau Jin Kai tak tekan loceng maybe takleh masuk Embassy and berkenalan dengan staff kat situ.
Dorang pun saja je datang office on that day sebab nak kena settle down some stuff kat office. Btw, Jin Kai student acturial science at Wisconsin and tengah buat intern kat NYC tu yang boleh jumpa dia.
Dalam Embassy
Then around 12 PM balik State College.
Konklusi
So, basically sepanjang Day 1 to Day 3 termasuk transport etc, aku habiskan dalam;
$77 (Tiket bas pergi balik)
$170 (Hotel 3 hari 2 malam)
$30 (Tiket Cruise and museum)
$33 (Unlimited 7 day subway pass)
$40 (makan kat koreatown and ktown)
$50 (Rasa, Lyft and merchandise at Times Square)
$20 (Breakfast at Grand Central)
$30 (lain2 yang not mentioned)
So total dalam $450 which is RM2025. Haa, amacam, berbaloi tak?
Signing off,
Rahil
10:51 PM
summer August 9 2022
Patton Township