Wednesday, October 16, 2019

Kisah William

Inilah William :)

Minggu ini, setiap hari Rabu, merupakan minggu bagi kumpulan CAS aku untuk pergi ke tempat yang telah ditetapkan untuk kami bagi aktiviti CAS, iaitu PDK Bukit Changgang. memang menjadi kewajiban buat kami pelajar di kolej ini untuk melakukan aktiviti atau kerja-kerja amal di luar/dalam kawasan kolej bagi memenuhi CAS hours yang telah ditetapkan oleh pihak Diploma Program aku.

Macam biasa, sebelum bertolak ke tempat yang telah ditetapkan masing-masing. Kami perlu mengikuti kelas PDP selama satu jam terlebih dahulu. Setiap pagi Rabu, aku perlu bertahan selama satu jam di dalam kelas Fizik walaupun kurang bersemangat. Tetapi tetap aku gagahkan diri ini untuk bertahan selama 1 jam. Alhamdullilah, Topik kali ini tidak terlalu berat bagiku untuk menghadamnya seperti topik yang lepas.

Tamat sahaja kelas Fizik, aku terus pergi ke bas coaster yang telah bersedia menunggu ketibaan pelajar untuk dihantar ke tempat tugasan masing-masing. Sungguh sabar Wak driver menunggu ketibaan kami yang sememangnya asyik lewat sahaja. Tak apalah, nasib badan. Perjalanan ke PDK tersebut tidaklah memakan masa yang lama, hanya sekitar 15-20 minit sahaja dari kolej aku. Ya, sangat dekat.

Setibanya aku di sana, aku disapa mesra oleh guru bertugas di PDK tersebut.

"Uish, lain bebenar cikgu-cikgu harini, serba berpakaian sukan baharu." detik hatiku. Baju yang dipakai oleh guru-guru tersebut juga temanya bersempena hari sukan negara yang baru diadakan pada Sabtu lepas. Baru aku tahu yag sebenarnya, anak-anak PDK ini berpeluang untuk pergi ke Hari Sukan Negara yang telah diadakan di Bukit Jalill. Menurut cikgu Limah, mereka berpeluang untuk bergambar dan berjumpa dengan beberapa artis popular disana, antaranya Amyra Rosli dan etc (aku tak berapa familiar dengan artis tempatan ini,maaf)

Salsabila dan Haziq ! ( Bagus Sal, temankan Haziq makan siap suapkan lagi :) )
Aku disapa mesra oleh seorang kanak-kanak yang sangat kecik tubuhnya dan sangat mesra orangnya. Dia melambai-lambai ke arah kami sambil tersenyum keriangan. Aku pelik, kenapa anak ini sangat mesra. Ini bukan kali pertama aku berjumpa dengannya tetapi kali yang kedua. Cuma, perjumpaan kami pada kali pertama itu tidak terlalu rapat kerana aku mempunyai komitmen dan tugas yang lain terutamanya menguruskan rakan-rakannya yang lain. Nama anak ini, Haziq. Ya, Haziq nampak seperti kanak-kanak normal tapi sebenarnya, Haziq menghidapi satu jenis syndrome yang jarang sekali didengari iaitu 'William's Syndrome'.

Inilah Haziq aka William
Haziq sangat baik. Dia suka bermain seorang diri. Kadang-kadang dia ada mengajak aku dan rakanku untuk bermain dengannya. Fokusnya sangat baik dan dia juga mendengar kata. Senang kata, dia hampir normallah. Ingatanya kuat. tapi, aku terasa sedikit sayu kerana Haziq ini dia datang ke PDK bersama mak ciknya yang juga mempunya seorang anak perempuan yang istimewa juga tetapi anaknya agak hiperaktif berbanding Haziq yang lebih senang untuk dikawal. Tatkala semua rakan-rakan sebayanya gembira bermain dengan ibu masing-masing. Haziq relax sahaja bermain belon seorang diri. Tenang sahaja. Tiada sekelumit riak sedih terpancar dari air mukannya.Kalau aku di tempat Haziq, sudah pasti aku akan meraung kesedihan kerana cemburu dengan rakan-rakan lain yang ibunya datang menemani mereka.

Haziq dan Ramadan
Tahukah anda yang sebenarnya, perwatakan yang ramah dan friendly ini adalah salah satu ciri istimewa yang kebanyakkan mereka yang menghadapi Williams' Syndrome ini miliki. Patutlah, Haziq ini ramah orangnya.

Disini adalah antara ciri-ciri William's Syndrome
  • Anak-anak ini sangat ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja termasuk strangers dan kadang-kala perkara ini mampu menimbulkan kebimbangan penjaga mereka kerana anak mereka mudah attached kepada orang ramai dengan mudah
  • Mereka juga berisiko untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti koplikasi jantung, saluran usus yang sempit, malah sebahagian dari mereka juga ada yang menghidapi masalah kandungan Calcium yang tinggi yang boleh membawa maut jika tidak diberi langkah pencegahan awal dan pemeriksaan kesihatan dari doktor
  •  Oh ya, bukan kanak-kanak syndrome down sahaja tau yang mempunyai wajah yang unik. Kanak kanak yang menghidapi Williams' Syndrome juga memiliki wajah yang unik
Image result for william syndrome malaysia
Penghidap WS ini biasanya mempunyai hidung yang pesek, Pipi yang agak kebawah dan juga telinga yang meruncing ke atas.
  • Mereka juga dikenali sebagai 'Happy Face'
  • Kanak-kanak SW mempunyai ciri-ciri tertentu pada wajah mereka seperti bengkak di sekitar  mata dengan kelopak mata yang berlipat, mulut yang lebar dan bibir di bahagian bawah yang  agak tebal serta dagu yang kecil.
  • Nama SW diambil sempena nama seorang doktor, J.Williams, iaitu doktor pertama mengenalpasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965.
  • SW adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa sebaliknya berlaku dengan sendirinya apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit, rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang.
Kalau anda hendak mengetahui lebih lanjut tentang WS ini, anda boleh tekan pautan dibawah.



No comments:

Post a Comment