Thursday, December 26, 2019

How I passed my JPJ test with Anxiety Disorder

Assalamualikum and Hi, kepada pembaca semua
Hari ini, hari yang agak mengembirakan bagi aku sebab buat julung kalinya, aku lulus JPJ test aku!
Bukan senang. After sweat and tears untuk dapatkan hanya satu lesen P (aku buat DA sebab aku tahu aku tak mampu nak buat yang manual)

Untuk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama aku ambil ujian JPJ tapi kali yang ke-2
Ya, aku repeat test JPJ aku dan aku tahu aku noob sebab ramai orang buat satu kali je. Kali pertama aku gagal ujian JPJ, tak dinafikan aku rasa down gila nak mati sampai berbulan-bulan sampai study aku pun terganggu sebab my mind keep haunted by the JPJ's failure accident. Aku memang susah nak move on sikit, tambahan pula aku memang ada masalah anxiety. Jadi, keadaan makin menjadi teruk. Study aku memang dah kelaut. (ni bukan acah, ini adalah hakikat sebab sesungguhnya aku bukan seorang yang suka mengacah dan aku memang tak suka gila dengan manusia yang suka mengacah)

Impak gagal JPJ bagi seseorang yang menghidap anxiety memang sangat besar sebab mungkin sesetengah daripada diorang macam aku akan sentiasa terngiang-ngiang tentang kegagalan yang lalu. Susah nak move on.
Bukti yang aku pernah gagal test JPJ haha xD
Time ni aku ambil ujian JPJ akuyang pertama iaitu pada 21 Jun 2019 jatuh pula pada hari jumaat yang barakah.
Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab,last aku tamat kelas memandu yang berjam tu pada bulan 3 so gap antara tarikh aku tamat jam memandu dengan test sangat panjang. Tambahan pula, aku tak amik kelas preparation sebelum aku amik test JPJ. That's why aku gagal.

Aku kena marah teruk dengan ayah aku sebab yela, gagal JPJ melayang duit beb. Bukan singgit dua ringgit, beribu-ribu jugak la. Sebab tu aku kinda tekad yang kali ni aku nak buat yang terbaik.

Journey aku ambil lesen ni bukannya senang macam semua orang. Sekali pergi dah dapat lesen P. Tak. It is such a pain in the ass.

Setiap hari aku akan rasa takut gila untuk pergi belajar memandu. Sebab entah macam mana, tempat memandu tu triggered aku maybe sbb faktor ramai orang or dll. Aku takut nak berkomunikasi dengan instructor aku dan diorang agak garang. So, bila aku buat silap sikit, diorang akn tegur dengan nada yang agak tinggi dan aku akan terus hilang mood dan try to stay untuk cukupkan jam aku ja.

Something that might look easy in someone else's eyes would not be easy for me. Sebab aku jenis  yang take time untuk hadam suatu ilmu baru. Lebih-lebih lagi yang melibatkan skill.

So yeah, at the end aku akhirnya passed jugak driving license aku selepas hampir setahun berusaha untuk mendapatkan satu kad plastik ini yang akhirnya dapat membenarkan aku untuk memandu secara sah di sisi undang-undang jalan raya negara. :)

Nak dapatkan satu kad plastik ni bukannya senang *sigh*

So far, alhamdullillah nak dapatkan lesen memandu P selepas korang pass ujian memandu agak mudah. Korang just kena check regularly after korang passed driving test korang dekat laman web JPJ ni  https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu

Lepastu, korang hanya perlu semak sama ada keputusan ujian memandu yang terkini telah dikemaskini atau belum baru korang proceed ke cawangan JPJ terdekat. Kalau macam aku, aku buat dekat JPJ Putrajaya di Galleria. Dalam 15-30 minit dah siap. Yang penting, korang kena bawa slip keputusan ujian JPJ ni berserta gambar passport background PUTIH dengan salinan IC lesen latihan (Yang ni suruh pusat memandu korang fotostatkan pun tak mengapa).Oh ya, Tak perlu bawa IC pun tak apa.

Contoh slip yang korang kena bawa ke pejabat JPJ nanti
Then, Korang punya lesen memandu pun siap dengan jayanya. Mudah sahaja prosedurnya, yang susah tu part nak lulus ujian memandu sahaja. Kalau lulus driving test tu semuanya akan berjalan lancar. Inshallah kalau aku rajin aku buatkan satu entry khas on "HOW TO PASS MALAYSIA DRIVING TEST FOR TOTAL NOOBIES" hahaha.

Sebelum aku masuk test pada 17/12/19, aku mengadu kat kawan aku yang aku takut gila nak masuk test esok then dia hantar video ni kat aku. Alhamdullilah berkesan. Sepanjang aku tunggu giliran untuk test haritu, aku dengar lecture pak cik ni je dan anxiety aku pun semakin reda. Thanks Fatin !



yang mencoret,
rahil
26/12/2019
12:02 a.m
khamis








No comments:

Post a Comment