Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kupas sikit satu isu yang agak berat dan mungkin agak sensitif dalam masyarakat kita kerana selalunya isu ini jarang dibincangkan dalam kalangan kita.
Entah kenapa sejak hari pertama aku mendaftar masuk ke Kolej ini, aku selalu tertanya-tanya adakah keputusan aku untuk mendaftar masuk ke kolej ini adalah satu keputusan yang tepat?. Mana tidaknya, hari-hari kami dimomokkan dengan cerita-cerita yang kurang enak tentang program yang bakal aku lalui bagi 2 tahun yang akan datang lagi daripada senior-senior malahan guru-guru sendiri. *sigh.
Hari ini, aku rasa sangat letih, ya letih walaupun aku habiskan kira-kira dua jam untuk berkailullah selepas tamat program CAS di PDK Bukit Changgang. Mungkin terlalu penat aku melayan telatah anak-anak istimewa di sana. Sementara kawan-kawanku yang lain sibuk menguruskan anak-anak istimewa, aku ambil peluang ini untuk 'cilok' kerja (hahahaha), aku pergi ke bahagian komputer di PDK tersebut untuk sampaikan 'pendrive' Cikgu Limah yang lebih kurang 1 bulan belum dihantar kepada beliau. Sebenarnya, Cikgu Limah suruh aku untuk tolong downloadkan sedikit lagu untuk aktiviti anak-anak ini bagi senam robik katanya lagu-lagu senamrobik dahulu telah hilang dan aku pun setuju sahaja lah sebab tugas itu bukannya berat mana pun. Kami hanya diberi peluang untuk berkunjung lagi ke PDK hanya 2 minggu sekali, jadi aku kirimkanlah pendrive itu kepada John (bukan nama sebenar) untuk passkan untuk Cikgu Limah memandangkan untuk minggu yang seterusnya, aku tak akan pergi kesana lagi. Tapi si John tu tak hantar-hantar pun pendrive tersebut kepada cikgu Limah, lupa agaknya (husnudzon level 200). Banyak juga kisah yang cikgu Limah kongsi dengan aku sepanjang aku berborak dengan beliau di bilik komputer tersebut (semoga Allah kurniakan kesejahteraan kepada keluarga Cikgu Limah, Amin). Ringan sedikit mindaku dari memikirkan hal-hal kolej.
Kadang-kadang, aku sering rasa serba tak kena dalam hidupku. Puncanya aku suka banding-bandingkan hidup aku dengan rakan-rakan yang lain. Tak kisahlah soal sekecil-kecil perkara contohnya jumlah elaun masuk mahupun hotspot outing rakan-rakan yang lain lagi besar dan best.
Ya, aku tak nafikan, aku tak cukup bersyukur dengan apa yang telah aku dapat sedangkan lebih ramai lagi insan di luar sana yang bersusah-payah untuk merasai apa yang aku rasai sekarang.
Entah bagaimana, aku pun tak tahu, tetiba-tiba aku terjumpa satu blog yang membincangkan tentang isu pedofilia dan pelacuran dalam kalangan terutamanya kanak-kanak. (boleh baca artikel tersebut dalam link tersebut)
Dalam artikel tu penulis ada mengatakan yang dia terkesan dengan satu video yang beliau tonton di Youtube yang bertajuk UNDERAGE. Disebabkan dalam artikel tersebut tak diberi link untuk aku tonton video (lebih kepada dokumentari) yang dimaksudkan oleh penulis tersebut, dengan gigihnya aku carilah video tu dalam Youtube dan akhirnya aku jumpa juga video tersebut.
Jadi, disebabkan aku bersusah payah untuk cari video tersebut, aku sarankan kalian untuk tontonlah video tersebut terlebih dahulu supaya lebih memahami apa isu yang aku nak sampaikan sebenarnya.
Lepas aku habis sahaja tonton video di atas, entah bagaimana, ayat keramat dari surah Ar-Rahman ini terngiang-ngiang dalam kepala aku. Mana tidaknya, kalau di Kolej Islam dahulu tidak sah kalau ada satu hari di mana tiada sesiapa pun yang bacakan ayat ini buat kami
Ya, sangat makan dalam ayat ini. Tak kisahlah, apa situasi sekalipun, tapi tiap kali aku teringat akan ayat ini, cepat-cepat aku istighfar dan redha dengan sekali ketentuan yang telah Allah susunkan untuk kita.
Berbalik kepada video tersebut, aku rasa, Kita sebagai umat Islam patut bersyukur dan redha dengan segala ketentuan yang Allah dan aturkan buat kita. Ya, aku tahu mungkin kalian dah mabuk dan lali setiap kali dengar ayat ini tapi bila kita renungkan balik, ada benarnya kata-kata tersebut
Setiap kali kita dilanda masalah, kita selalu fikir, masalah kitalah yang paling besar
dan tiada siapa yang ada masalah yang lagi besar dari kita
masalah itulah segala-galanya bagi kita buat waktu tersebut
Kita rasa, tiada seorang pun manusia yang rasa apa yang kita rasa
masalah itulah segala-galanya
Sedarlah, sebenarnya, dari situ kita dapat lihat dan sedar bahawa sebenarnya, diri kita ini terlalu pentingkan diri.
Sekarang ini, mari kita buka minda kita dengan lebih luas dan cuba letak diri kita dalam diri kanak-kanak di Thailand tersebut.
Aku rasa, kita patut sangat bersyukur kepada Allah sebab Allah tak uji kita dengan kesempitan hidup seperti mana yang dihadapi oleh budak-budak di thailand tersebut
Kita tak perlu sampai jual maruah kita kerana kesempitan wang, sekurang-kurangnya walaupun hidup kita ini banyak dibebani dengan hutang-piutang tapi kita masih dapat makan makanan yang mampu memuaskan nafsu kita
Walaupun kekadang kita selalu rasa ibu dan ayah kita membebankan atau tidak perdulikan kita, tapi aku rasa kita patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka masih sudi membesarkan dan menjaga kita dari membiarkan kita hidup terkompang-kamping dijalanan seperti budak budak tersebut.
Yang mana mereka masih berharap agar figura ibu dan ayah itu ada dalam kamus hidup mereka.
Yang mana mereka masih berharap agar figura ibu dan ayah itu ada dalam kamus hidup mereka.
Syukur dengan seadanya.
Jujurnya, aku terkejut dengan lifestyle budak-budak tersebut. Setengah dari mereka, merasakan hidup mereka kosong dan mereka hanya hidup semata-mata untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan sahaja. Aku terfikir, apa yang jadi kepada budak-budak tersebut sekarang memandangkan video tersebut telah dirakam pada tahun 2010. Dan semestinya, budak-budak tersebut berumur lebih kurang 20 tahun keatas sekarang. Aku harap hidup mereka baik-baik sahaja.
Hidup mereka mesti penuh dengan 'kalau' bahkan mereka yang punya hidup lebih senang dari mereka juga penuh dengan 'kalau'. Kalau mereka tak dilahirkan dalam kesempitan hidup yang demikian, mesti budak-budak tersebut mampu menerima pendidikan yang sepatutnya dan bukannya berkeliaran di kaki-kaki lima pada malam hari. Terfikir-fikir andai masih hidup atau mati pada esok hari.
Sungguh sempurna Allah aturkan hidup kita berbanding mereka
Jadi kenapa kita selalu merungut?
Nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan?
Nikmat apa?
Ini isu yang berlaku di negara jiran kita, mungkin lega sedikit hati bila mengetahui ianya bukan berlaku di Malaysia. Tapi, kemungkinan isu ini mungkin wujud di negara kita, cuma suara-suara mereka sahaja tidak kedengaran? Mungkin.
Yang mencoret,
Rahil
No comments:
Post a Comment