Assalamualikum dan Hi kepada sesiapa yang sudi nak baca entry kali ini. Kali ini, aku nak kongsi tentang sesuatu yang sangat familiar dalam kalangan pelajar di Malaysia iaitu "Exams Pressure" atau "Exam anxiety". Secara general exam anxiety atau exam pressure ini sangat common dalam kalangan pelajar sekolah tak kiraah sama ada sekolah rendah, sekolah menegah ataupun dalam kalangan penuntut universiti. Banyak actually faktor yang membawa kepada masalah exam anxiety atau exam pressure sebenarnya dan jujurnya aku juga pernah kena benda ni masa zaman sekolah menengah dulu dan mungkin pengalaman dah kena exam anxiety ni boleh mebuatkan aku lebih matang bila jejakkan kaki di alam universiti nanti.
Menurut ayat senior2 aku yang dah berjaya zaman sekolah aku dulu dorang selalu cakap selalunya orangyang panik masa exam ni orang yang tak buat revision untuk exam. pada pendapat aku memang betul tapi orang yang dah sedia untuk hadapi exam juga berkemungkinan tinggi untuk kena 'exam anxiety' ni sehingga bila dia jawab exam nanti mungkin dia akan lupa segala benda yang dia baca sebelum exam. Pasal faktor exam anxiety ni nantilah aku cerita sebab sebelum tu aku nak share pasal pengalaman aku tentang exams dalam hidup aku dari kecil sampai besor panjang ni tapi sebelum aku mulakan aku nak share satu ayat yang aku reka.
"Bila kita tak mahukan atau berharap akan suatu perkara itu, ia akan datang dengan sendiri tetapi bila kita amat mahukan perkara tersebut, kita akan rasa perit untuk mendapatkan atau mengharapkannya'
Faham-fahamkanlah sendiri sebab maknanya sangat mendalam (cewah)
Anyway literally masa aku sekolah rendah dulu aku tak pernah anggap exams dan grade adalah sesuatu perkara yang penting dan selalu dititik beratkan oleh mak ayah dan masa aku sek ren dulu aku duduk ngan nenek aku kat Kedah and nenk aku pun tak pernah pressure aku tentang exam. So, kamus hidup aku masa zaman sekolah rendah dulu2 hanyalah belajar hanya disekolah sahaja jangan haraplah balik rumah nak bukak buku dan buat revision (haha) sampai darjah 6. Masa darjah 5, kitaorang ada Kelas KAFA and benda yang paling common dalam kalangan budak KAFA adalah UPKK. SO, alhamdulillah I passed my UPKK with jumping colors dan aku hanya berikan tumpuan kat sekolah waktu petang sahaja dan masa jawab exam tu aku hanya tulis betul2 apa yang aku belajar selama ni. BTW, aku mula enrolled KAFA masa darjah 3 sebab sebelum tu aku bermastautin kat negeri bawah bayu dan zaman tu macam jahil sikit bidang agama ni sebab aku sekolah mersenery di Labuan dan memang taklah agama itu belajar betul2 dan hanya sekadar memenuhi waktu PDP sahaja dan time tu aku tak reti langsung baca jawi.
Selalunya mak ayah akan paksa anak-anak untuk pergi kelas KAFA kalau nak anak2 mereka pandai baca jawi dan bidang2 fardhu ain yang lain. Ya, saya setuju dengan perkara di atas tapi pendidikan secara tak formal oleh ibu bapa juga boleh menyebabkan anak itu pandai baca bukan sahaja jawi puan-puan dan tuan-tuan malah hangul dan mandarin sekali.
#1 Macam mana aku boleh tetiba baca Jawi ?
Dalam kes aku, lain sikit sebab aku boleh baca jawi secara tiba-tiba atau magic sebab under stress atmosphere and selalunya kalau aku cerita benda ni kat orang lain mesti diorang cakap aku tipu atau mereka-reka cerita tapi hakikatnya benda ni benar. So, kepada ibu bapa di luar sana yang masih ada anak yang lambat mebaca, jangan risau, doa banyak2 inshaallah Allah bantu sebab kuasa Allah tu luas dan kadang2 di luar jangkaan kita. Aku mula dikurniakan kebolehan baca jawi agak lewat iaitu masa darjah 3 (Ya, aku tau ada lagi lewat pada aku). Time tu Ustazah yang ajar kelas pendidikan islam aku buat game (Time ni kat sekolah mersenery sebab time tu pelajar islam ada dalam 5 ke 9 orang sahaja) macam padankan ayat rumi ngan jawi. So, semua kanak2 dalam kelas aku tu semua pakat serbu meja ustazah tu untuk amik kat jawi dan dipadankan dengan rumi pada whiteboard. Setiap orang amik satu dan aku memang tak reti baca jawi biarkan jela kawan2 aku amik kad2 tu dulu dan buat2 kelam kabut jugak padahak tak tau mende pon. Sampailah kad kat atas meja tu tinggak 3 sahaja which meant salah satu dari kad tu aku punya dan 2 lagi milik kawan aku. Ustazah tu siap jeling kat kami (BTW ustazah tu gak garang la jugak) aku pon pergi la kat meja tu sambil tengok kad2 jawi tu. Sumpah, time aku tengok kad2 jawi tu aku tak faham apa2 umpama korang tengok kad bertulisan jepun (Lainla kalau hang faham tulisan kanji atau hiragana)
Tiba-tiba Allah kurnia aku boleh nampak maksud disebalik tulisan jawi tu secara tiba-tiba aku pun tak tau nak describe macam mana sebab benda ni kuasa Allah dan aku boleh padankan kad jawi tu ngan kad rumi yang ditampal pada whiteboard and siap offer kat ustazah nak tolong 2 orang kawan au yang maybe tak reti baca jawi jugak kot dan semua yang aku padankan tu Alhamdulillah betul. Dan jujunya sampai sekarang aku tak tau macam mana aku boleh baca jawi. Mungkin, berkat doa umi dan abah aku kot masa tu. Mana tau, dan actually benda ni dah buka mata aku seluas-luasnya bahawa allah boleh buat sesuatu benda dengan mudahnya walaupun pada pandangan manusia perkara itu nampak sangat obvious mustahil. Yelah, mana ada orang yang tak pernah baca hiragana dalam seumur hidup dia bila first time dia tengok tulisan tu terus boleh baca ngan lancar. Apa rahsianya? Minta kat Allah Insha Allah, Allah maha mendengar lebih2 lagi kalau kita doa buat anak2 yang masih kecil dan tak penuh dosa dalam hati dorang mungkin lagi mustajab.
#2 Patut ke Parents Pressure anak-anak Baru Sek Ren tentang Exams dan Grade dan Hantar Tuisyen?
Bagi aku memang tak patut dan kesian kepada anak2 tersebut dan alhamdulillah childhood aku sangat happening dan menggembirakan dengan kehadiran kawan2 kecil yang aktif. Masa aku kecik dulu kat kampung aku tak banyak budak perempuan sebaya aku kalau lelaki banyak la. Oleh hal yang demikian aku banyak main permainan yang lasak berbanding girly stuff. Kalau main masak2 tak guna mainan yang beli kat econsave tapi guna periuk belanga tok wa yang dia buang belakang rumah dia lepastu pasang api and mula masak.(kadang2 kitaorang cilok padi dalam tempayan tok wa, tok wa sorry halalkan ☹️) Memang indah zaman childhood aku dulu dan maybe aku adalah antara generasi terakhir yang dapat rasa moment2 macam tu. Aku generasi Z atau igen.
Mari Check apa generasi korang dinamakan source:https://www.careerplanner.com/Career-Articles/Generations.cfm |
Back to discussion, bagi pendapat aku la, Ibu Bapa sepatutnya perlu beri attetion kepada anak instead of tanya dia
"Kakak/Abang exam macam mana?"
"Kenapa Kakak tak dapat A tapi anak cik ***** dapat A?"
"Kalau exam teruk macam ni Mama tak sayang Kakakla?"
(selalunya yang tanya laguni kalangan mak-mak ja.. ayah rilek ja isap rokok daun kat luar...hehe)
Tapi kalau anak tu sekolah menengah lain la cerita sebab sekarang ni kita bincang pasal Sek rendah atau Primary School. Pada pendapat aku la kan kalau ada sesiapa yang buat macam tu kat anak2 hampa berhentila. Saya merayu tuan-tuan dan puan-puan. Ruin childhood anak2 hampa. Sebab pada pendapat saya sebagai orang yang mungkin jauh lagi muda dan tak berpengalaman berbanding pembaca yang mungkin sudah berumah tangga dan cakap
"eleh budak tu sembang kencang macam la hang ada anak!"
Memang tak dak anak puan tapi saya ada di tempat anak tersebut dan saya rasa apa yang anak tu rasakan. Dan tak salah kalau orang yang lebih tua dengar pendpaat kalangan orang muda sebab pemikiran kita lain. Turunkan ego, lapangkan jiwa. Ada satu kisah say nak share untuk hari ini tentang seorang sahabat saya di SBP dulu tentang life sekolah rendah dia yang membuatkan saya terkejut dan rasa sangat sedih.
Seorang sahabat saya ni berkongsi cerita yang masa zaman sekolah rendah beliau dia sangat struggle untuk dapat tempat yang terbaik dlaam kelas which is the first and only place. Dia cerita la macam mana masa dia darjah 1 buat revision kat rumah, small note, nota ringkas bagai dan bila aku fikir balik zaman masa aku darjah satu dulu, aku tak pernah pun terfikir untuk dapat first place dalam kelas sebab sistem pembelajaran kat sekolah mersenery aku dulu lain dari sekolah rendah kebangsaan. Kenapa? sebab cikgu kitaorang tak pernah mention sapa yang dapat nombor 1,2 atau 3 dalam kelas dan kalau exam, exam la mcam tak dak apa2 pun padahal end year examination. Dan seingat aku tak pernah mention pun pasal exam. takde. Dan kami pelajar darjah 1 sentiasa ceria dan tak stress meanwhile ada pelajar darjah 1 yang lain siang malam pagi petang tuisyen. hurmm.. Dan kat sekolah mersenery tu pon jarang nampak cleaner sebab kitaorang sejak darjah satu diterapkan kalau guna toilet lepas guna basuh sendiri dan memang tersedia berus dan sabun toilet dalam tandas adan aku sewakatu darjah satu memang enjoy perkara tersebut walaupun balik kelas basah lencun hehe..
BTW lencana tadika ke sek ren ke men ke semua sama.. |
Tak payah la risau kalau anak2 sek rendah suka main2 tak belajar atau sebagainya sebab memang fitrah kanak2 adalah untuk bermain dan kadang-kadang cerdik masa sekolah rendah tak bermakna turut cerdik di sekolah menengah dan bodoh masa sekolah rendah bermakna bodoh di sekolah menengah kelak. Allah boleh mengubah segala-galanya. Macam kawan kau tadi yang struggle gila time sekolah rendah dan memang dia selalu top time sekolah rendah bila masuk sekolah menegah segaa-galanya berubah dan dah tak sama macam sekolah rendah dulu dan aku pun tak sangka yang dia aim nak jadi tokoh pelajar dari darjah satu tapi malngnya tak de rezeki masa darjah 6. Takpala, bukan apa pon title tu, tak dapat honor title pon ended up gambar hang akan digantikan ngan tokoh seterusnya.hurmmmm...
Dan basically time sek ren pelajar akan banyak belajar secara tak formal berbanding formal which is dia banyak belajar dari orang tua dia atau pengalamn sendiri. Sebab tu la digalakkan untuk bawak anak2 sek ren ni pergi museum ka tengok binatang ka.. boleh tambah ilmu luar silibus dia dan banyak membantu dia untuk tulis karangan. Cerita la sikit pengalaman zaman kanak2 dulu kat anak2 dan luangkan masa try main permainan tradisi yang kita selalu main masa budak2 dulu. Dia boleh tingkatkan soft skill. Kalau abah2 tu bawak la jalan2 naik motor tengok mesin padi etc. beli barang sendiri kat kedai runcit atau mintak tolong anak pergi cakap kat cahier stesen minyak berapa RM nak isi minyak dan Pam no berapa...semua tu soft skill dan dapat develop social interaction anak2 dengan strangers. Kalau para ibu bawala anak2 pergi berzanji ke baca quran ke atau basuh pinggan kat kenduri untuk anak2 tersebut tak rasa kekok buat kerja2 low class. Dan aku sangat sokong cadangan menteri pendidikan sekarang yang mansuhkan exam dalam kalangan pelajar standard 1,2 and 3 sebabmereka lebih banyak belajar melalui pergerakan dan aktiviti berbanding duduk dalam kelas menghadap whiteboard yang sangat membosankan...
Sila ketik untuk maklumat lanjut:
Anyway literally ramai je yang kecam tindakan menteri pendidikan ni dengan alasan kalau tak dak exam nanti budak2 tak belajar la apala balablabla. Let's look at the good sight la kawan2, at least dia dapat jimatkan pokok2 dari ditebang dan dijadikan kertas exam dan pada masa yang sama dapat mengelakkan pemanasan global dan sumber hijau..kann???
sampai sini la dahulu, kalau rajin aku upload lagi sebab discussion ni masih tak habis lagi
bye 🖐️🖐️