Assalamualikum WBT, hari ini aku nak sembang sedikit tentang Big Bang.
Tapi bukannya teori Big Bang yang bagaimana alam tercipta tu (Yelah, aku bukannya Physician nak sembang bab-bab teori ni) tapi Big Bang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi Kumpulan Kpop yang popular di saentero alam (ceh ayat). Seingat aku sekitar tahun 2010-2016 adalah zaman kegemilangan diorang. Memang sangat peliklah sesiapa yang tak kenal Big Bang pada zaman tu bukan tahap katak di bawah tempurung dah memang tahap katak terkambus dalam tanah la kalau tak kenal Big Bang masa zaman itu.
Okay, basically Big Bang ini under syarikat YG Entertainment dan antara salah satu syarikat muzik yang besar jugak lah kat Korea Selatan and banyak jugak group-group Kpop yang popular dibawah pengelolaan syarikat ini macam 2NE1, Blackpink ngan Ikon. Nama syarikat YG ni semakin naik pada era kegemilangan 2NE1 dengan Big Bang lah (Obviously). Sebab pada zaman diorang tu kira banyak juga lagu-lagu group ni yang famous dan berjaya menjadi siulan anak muda zaman tu termasuk aku (Ya, aku terdedah dengan Kpop sejak darjah 3, tapi kini aku multifandom 😃
Time ni dorang suci murni lagi
Okay, kembali kepada kisah Big Bang tadi, Big Bang ni sebenarnya terdiri daripada 5 orang ahli iaitu GD, T.O.P, Daesung, Taeyang and Seungri (*sips tea). Actually aku malas sebenarnya nak cerita sejarah penubuhan group ni tapi tak mengapa aku akan cuba untuk cerita jugak. Pada asalnya group ini hendak dijadikan sebagai group duo sahaja yang dianggotai oleh GD ngan Taeyang tapi seingat aku GD ada ajak seorang lagi member sekolah dia T.O.P atau nama sebenar dia Choi Seunghyung untuk pergi ujibakat kat YG Entertainment. Tapi malangnya T.O.P gagal untuk join YG family sebab time tu dia gemuk. Lepas itu, T.O.P terus tekad untuk kuruskan badan dia dan dalam 2 bulan dia boleh hilangkan tak silap aku 20-30 pound. Memang determined gila la T.O.P time tu untuk hilangkan berat badan dia. Yela, sapa tak rasa terhina bila secara zahirnya dia layak untuk join YG group tapi dia tak dapat join sebab gemuk. Frankly speaking, kpop industry memang jadikan beauty standard as their priority sebab biasalah, manusia kan hanya nak kepada kecantikan dan kesempurnaan. Tak kisahlah betapa hebatnya kau tapi hanya disebabkan diri kita tak berada dalam kategori 'beauty standard' pada pandangan manusia, kita masih akan disisihkan dari masyarakat.
Inilah T.O.P
Lepas itu, bermulalah sesi pencarian bakat oleh Gd and Taeyang.Tak silap aku diorang berdua discover salah seorang lagi member Big Bang iaitu Seungri dari satu video Seungri main drum yang viral masa tu. Macam mana dorang jumpa Daesung pulak, aku tak berapa ingat dan tahu hehe.
Begitulah bagaimana Big Bang ini ditubuhkan.
Selalunya untuk menjadi sebuah Kpop group atau Idol, mereka-mereka ini perlu menjalani satu era latihan dan mereka akan dikenali sebagai 'trainee'. Zaman 'trainee' ini boleh dikategorikan sebagai zaman paling perit lah bagi idol-idol ini sebelum mereka didebutkan. Tapi tak semestinya hang dah jadi 'trainer' selama bertahun-tahun lamanya, hang akan didebutkan. Tidak sama sekali. Ada juga group yang dah lama jadi trainee tapi akhirnya tak semua member trainee diorang tu didebutkan bersama. Ada possibility member trainee hang akan ditransferkan kepada group lain jika tak didebutan sekali ngan hang. Faham dak? Haha Kalau tak faham, tak payah faham pun takpa sebab bukannya hang nak jadi Kpop Idol pun :)
Long Story Short, selepas pelbagai onak duri, manis pahit yng dilalui oleh kelima-lima jejaka Big Bang ini akhirnya semuanya membuahkan hasil apabila saban hari nam Big Bang kian dikenali ramai oleh masyarakat dunia. Tapi disebabkan nikmat yang berlebihan ini, akhirnya satu persatu dari member Big Bang ini dikaburi oleh kekayaan dunia. Sapa ja yang tak pernah dengar lagu Big Bang kan seperti Fantastic Baby, Bang Bang Bang dan Blue?
Bagi aku, Big Bang ini macam group Kpop yang agak 'rebellious' dan bawa satu imej 'bad boy' berbanding group-group kpop sezaman dengannya yang lebih cenderung kepada imej 'innocent' and 'sweet' lads. Senang cakap, Big Bang bukan seperti typical group Kpop yang lain. Ya la, group apa ja yang ala-ala Big Bang zaman itu kan?
Awal tahun 2019 (Tapi tak la awal sangat dalam bulan 3 ke 4 macam tu). Dunia digempurkan dengan kes pelacuran haram atau illegal prostitution yang kebanyakkan pesalah yang terbabit dalam kes ini terdiri daripada kpop idol yang sering dipuja oleh anak muda. Ya, kes ini benar dan bukannya sekadar satu provokasi yang diterbitkan oleh mana-mana pihak untuk menjatuhkan reputasi mereka. Tidak sama sekali. Dan salah seorang pesalah yang terlibat dalam kes berprofil tinggi ini adalah Seungri. Ya Lee Seungri dari Big Bang.
Kes ini dikenali sebagai kes "Burning Sun" di Korea kerana dikatakan kelab yang menawarkan perkhidmatan durjana ini dikendalikan di kelab Burning Sun itu. Sebenarnya bukan Seungri Big Bang sahaja yang terlibat dalam kes Burning Sun ini malah ada beberapa lagi selebriti Korea Sealatan yang terlibat dalam kes ini seperti Jun Jong Young. Ya, disebalik muka yang ala-ala innocent itu terselit 1001 durjana. Tapi itulah kan, mata manusia ini dusta antara baik dan buruk tidak boleh dibezakan. Sedih, masih ada lagi peminat-peminat kpop yang seolah-olah 'back up' idol-idol mereka. Tapi aku bangga sebab sebahagian besar komuniti peminat kpop ini ramai yang tidak bersetuju dengan perbuatan kotor mereka.
Susuli dengan kes ini, Seungri akhirnya telah membuat satu pengunmuman rasmi kepada press Korea yang dia telah mengambil kepuutsan untuk bersara dari industri seni muzik ini. WHAT?.
Sehingga sekarang kita masih tidak dimaklumkan sama ada dua orang ini (sebenarnya ada banyak lagi yang terlibat tapi masih dalam siasatan yang pasti dua orang ini confirm terlibat) akan dikenakan tindakan yang tegas oleh kerajaan atau tidak sebab illegal prostitution memang dikategorikan sebagai illegal action di Korea sebagaiman di Malaysia sendiri. Pernah tengok cerita 999 yang polis dok serbu premis-premis haram dan tangkap wanita-wanita yang terlibat dalam industri ini, lebih kurang macam itulah anologinya cuma premis itu dikendalikan oleh diorang.
Tapi technically, semua ahli Big Bang ini ada masalah sendiri contohnya T.O.P sendiri ada masalah addiction marijuana semasa dia masih dalam Latihan tentera sampai hampir mati. Mungkin terlalu stress agaknya dan GD pun ada masalah dia yang tersendiri begitu juga dengan Daesung. Dan akhirnya Taeyang yang telah selamat berumah tangga.
Sampai sekarang, masih tidak ada berita sama ada Big Bang akan masih aktif atau telah pun disbanded seperti rakan-rakanya yang lain iaitu 2NE1 sebab yelah, member pun dah retired dari industri seni. Moga-moga En.Seungri bawa banyak-banyak bertaubat lah ye. Mungkin possibility untuk Big Bang bergerak secara 4 orang juga ada seperti One Direction yang mampu sahaja untuk teruskan tanpa Zayn Malik kan? ( 1D pun macam senyap je sekarang hurmm -_-)
Apa-apapun memang kita sebagai manusia agak terkilan dengan apa yang sudah terjadi kepada attitude semua member Big Bang ini sebab yelah meraka kan "idol' dan menjadi ikutan dan dorongan ramai anak muda yang masih terkapai-kapai dalam mengharungi rencah kehidupan dan bagi mereka idol inilah yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka untuk terus hidup (cehh, but this is actually true sebab ada ja peminat yang sanggup bunuh diri sebab Idol dia hisap dadah suatu ketika dahulu *haha macam kenal ja fandom sapa)
Tapi apa-apapun nasihat aku, tak salah untuk minat Kpop, Hollywood or Bollywood sekalipun yang penting jangan terlalu taksub hingga kita utamakan dorang berbanding priority kita yang lain. Basically, berpada-padalah. Jujur aku pun pernah lalui fasa taasub tu sampai sanggup labur wang untuk beli merchandise et cetera.
Jujur, aku agak minat dengan Big Bang ni sebab muzik yang diorang hasilkan memang tip top and 10 kali dengar pun tak puas sebab best sangat. Jadi untuk aku tamatkan entry pada hari ini, kat bawah ni aku ada senaraikan antara top 5 lagu Big Bang yang korang semua kena dengar sebab bagi aku best dan tak typical seperti lagu Korea yang lain. Peace ☮
Malam ini, baru sahaja aku sempat selamatkan ratusan memori aku bersama rakan-rakanku di Kolej Islam dahulu dari habis ditelan virus durjana. Alhamdulillah. Memori-memori tersebut masih dapat kupindahkan ke tempat yang lebih selamat. Fuh. Setelah sekian lama aku tidak buka laptop itu, nasib baik folder gambar itu masih wujud.
(P/S: Sapa-sapa yang terserempak dengan entry ni and berminat untuk nak gambar masing-masing boleh PM saya :) )