Wednesday, November 27, 2019

Heart like Stone

Suddenly my heart starts to feel, yeah
My heart starts to feel
My heart starts to feel
Like stone
All around is silver and gold
My heart never heals
My heart only feels like stone (Oh like stone)

Friday, November 22, 2019

Tuhan Tolong Aku!

Assalamualikum dan hi to readers

My current state now:

Mental koyak
Self esteem low
Hati koyak
Semua koyak

Yep, aku sekarang tengah mental koyak dan minggu depan exam semester 1. Aku tak tau nak rasa apa dan honestly, aku rasa masa depan aku hujung tanduk. Aku sumpah tak tahu apa yang akan jadi dengan result semester 1 aku nanti dan honestly aku expect it be worse. Dan in my mind right now, hanya lirik lagu ini yang menyanyi-nyanyi dalam kepala aku

Hancur segala kisah hidupku
Menjadi mimpi-mimpi yang tak indah
Walau hati kecil ku menjerit
Tak mungkin mimpi menjadi milikku.

Honestly again, aku rasa lagu ni macam describe my current situation ja.... yela.. mimpi aku nak pergi kononnya belajar kat University of Michigan hancur menjadi mimpi-mimpi yang tak indah sejak masuk Kolej ni... Walau hati kecik aku ni menjerit yang aku mampu tapi aku tahu tak mungkin mimpi itu menjadi milik aku..

Sendu wei 😭
Aku siap tulis soothe note untuk diri aku yang selfless ni andai aku kena buang kolej ..
Nasib baik ada member-member supportive macam Farha, Iman (Iman kat mesir tau skang), Amni, and Fatin Adriena.
nah mini love dari farha <3

Hurm.. aku harap nnti bila aku jadi drop out diorang sudi lah kawan ngan aku lagi...
Thanks korang sebab sudi jadi kawan aku yang pathetic and hopeless ni..
Aku bersyukur and happy giler sebab dapat jumpa member cam korang semua... kehadiran korang dalam hidup aku memang aku appreciate gila2

And aku berharap gila plan aku ngan farha untuk travel all around the globe menjadi kenyataan suatu hari nanti.
And buat farha yang memang tak kan baca blog aku ni (sapa je baca blog aku lol) ni senarai tempat yang aku nak travel ngan kau

1. Kuala Lumpur
Image result for kuala lumpur night
yep... jujurnya aku jarang jalan-jalan area kl ni and aku harap aku dapat masuk semua cerok kat kl ni
2.Singapore
Image result for singapore
AKu tahu nnti kalau kita dah pergi sana probably merlion ni dah takde but it's okay
3.Thailand

Image result for thailand bangkok city

4. Japan

Image result for japan tokyo


For now, aku target untuk asian region dulu la sebab tak lah mahal sangat sebab lagipun kita baru fresh graduate kot time tu.. duit pun takde lagi.. 

Dan memang bertepatan dengan nama aku 'rahil' yang dalam arab bermaksud mengembara.
Ya, aku suka gile tengok orang-orang yang allah murahkan rezeki untuk bertebaran di buminya and since aku kecik mak aku selalu buka dokumentari "dengan basikal aku mengembara" oleh tuan Zahariz.

Dan aku berharap gila untuk dapat mengembara macam mereka... suatu hari nanti..
Waktu belajar PQS kat sek men dulu time SPM ada satu tajuk ni, pasal perjuangan nabi-nabi yang terdahulu but ada satu potongan ayat quran yang allah sarankan kita sebagai hamba untuk mengembara dan ambil ikhtibar dari segala kesan peninggalan sejarah tersebut

Image from quran.com
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.

Yep, sebab tu aku ngan Farha plan nak pergi travel sesama..and ramai lagi member yang aku ajak gi travel sesama macam Zulfah and Izzati (Inshallah).. and maybe aku akan buat 2 troop maybe.. tengoklah mana yang lebih banyak free time aku ajaklah.. Yela, nanti kan semua orang dah besar semua dh graduate (maybe kawin?) And semua ada comitment masing-masing

Aku tulis kat sini bukan apa, sebagai peringatan kepada diri aku yang aku dan kawan2 ada pasang impian memasing yang nak direalisasikan bersama. Semoga Allah bantu pejalanan kami.. And  korang yang baca blog aku ini maybe pada tahun 2019 or maybe 2020 or maybe 2023 sebab yela, benda dalam internet ni kekal and always diakses oleh orang dari masa ke masa even benda tu dah lama berlaku.

Lastly, aku nak minta doa sesiapa yang baca ini untuk aku dapat keputusan yang melayakkan aku unuk meyambung pengajian dan mungkin itu yang terbaik buat aku.. aminn...
Doa dapat 30 points above tau..

Bye

time ni tak silap aku dalam bulan 3 atau 6 kat KISAS time f5 acah konon nak study.. tapi selfie hurmm









Sunday, November 10, 2019

Aku Nak Jadi Pendidik !

Assalamualikum dan Hi kepada sesiapa yang sudi baca blog ini
Hari ni aku nak cakap pasal impian yang tak pernah terlintas dalam kepala aku. Impian yang mana orang fikir sangat kecil untuk dikecapi. Impian apa yang orang fikir kecil sangat itu?

Impian aku untuk menjadi seorang guru. Ya, aku tak tahu kenapa kebelakangan ini aku tetiba minat untuk menjadi seorang guru. Guru sejarah di sekolah menengah.

Image result for budak kelas belakang
Credit matkomik dan ajoi best

Puncanya aku terbaca satu tulisan seorang guru tentang realiti di sekolah menengah kerajaan. Aku kesian terhadap mereka yang ketinggalan dalam pelajaran. Mereka tidak bodoh cuma mereka hanya tidak bernasib baik. Aku kesian sekali setiap kali mendengar perbualan guru-guru yang sering mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan mereka yang datang dari kelas belakang. Situasi ini bukan sahaja berlaku di sekolah menengah biasa sahaja malah di sekolah berprestasi tinggi dan asrama penuh juga. Aku terkilan apabila suatu hari aku terdengar perbualan guru aku yang mengeluh kerana terpaksa mengajar kami yang dari kelas belakang kerana lambat untuk mengikuti silibus pelajaran. Bagi aku, guru tersebut perlu bersyukur kerana kami lembab dalam golongan orang yang semuanya pandai-pandai belaka dan pelajaran iu bukan suatu masalah yang besar buat kami berbanding pelajar yag datang dari sekolah menengah biasa di mana pelajaranya tidak diasing dan ditapis seperti pelajar dari sekolah berasrama penuh.

Aku selalu terfikir, peluang hanya dibuka kepada mereka yang cemerlang dan terbilang. Media dan akhbar juga sering memaparkan tentang mereka yang berjaya sahaja. Biasiswa dan peluang untuk menyambung pelajaran semuanya dibuka kepada mereka yang bernasib baik. Tapi... Bagaimana pula bagi mereka yang gagal dan tak bernasib baik? Adakah peluang telah ditutup buat mereka? Jarang sekali kita dengar tentang nasib pelajar-pelajar yang tidak 'ngam' dengan sistem akademik ini. Kesian sangat terutamanya anak-anak bangsa aku sendiri.

Bila kita sentuh tentang masa hadapan anak-anak bangsa dari kaum lain seperti cina dan india, kita sering mempunyai anggapan bahawa mereka mesti terus maju ke hadapan dalam pelajaran bagi kaum cina dan mundur bagi kaum india.

Kenapa stigma seperti ini perlu ada dalam masyarakat Malaysia?! Aku sangat tidak bersetuju dengan stigma seperti ini.Tidak semua pelajar cina bijak dalam akademik dan tidak semua pelajar India teruk dalam bidang akademik. ramai sahaja kawan-kawan aku dari kaum India yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi malah hingga ke luar negara lagi!

Kita perlu sedar bahawa, pelajar cina yang bijak dalam akademik itu kebanyakkannya datang dari keuarga yang berkemampuan dan berada. Yang mana ibu bapa mereka mampu untuk membiayai kos kelas tambahan luar kepada mereka. Kita juga perlu sedar betapa ramai pelajar cina yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan dan perlu menolong ibu dan bapa mereka menguruskan perniagaan kecil-kecilan mereka. Begitu juga dengan pelajar India.

Ini baru maslah pelajar yang tidak mempunyai sebarang kecacatan dan kemampuan. Bagaimana keadaan agaknya jika guru-guru ini terpaksa mengajar pelajar-pelajar PPKI?

Cabaran menjadi pendidik memang besar, segala apa yang berlaku pada pelajar akan dinisbahkan kepada guru pada zaman kini. Dahlah gaji bulanan sedikit, sering disalahkan jika pengajaran ada kecacatan. Allahu, pedih hati mendengarnya.

Sebelum-sebelum ini, aku sering berangan-angan untuk memulakan kerjaya yang hebat-hebat dengan gaji yang lumayan sahaja. Aku pentingkan diri. aku tak fikir yang di luar sana ramai anak-anak bangsa aku bergelut dengan masalah pembelajaran yang tidak ramai golongan bijak pandai ingin menghulur tangan beri bantuan. Mana hilang golongan pelajar cemerlang ini?

Aku harap, dengan peruntukkan yang kerajaan telah berikan buat aku ini dapat membantu anak bangsaku suatu hari nanti. Bagitahu kepada mereka yang berada di bawah dan gagal yang mereka tidak bodoh. Mereka hanya berada di situasi yang bukan berpihak kepada mereka. Aku yakin, dengan akhlak dan peribadi yang mulia walaupun keputusan akademik tidak memberangsakan, mereka masih mempunyai nilai sebagai seorang manusia dan meneruskan kehidupan pada masa kan datang

KENAPA SEJARAH?

Kenapa aku memilih subjek Sejarah? Sebab aku minatlah haha. aku sangat minat Sejarah kerana bagi aku Sejarah ini seperti suatu cerita yang aku boleh berimaginasi luar dari realiti dan kembali ke masa silam.

Aku akui, subjek silibus Sejarah kita agak membosankan terutamanya bab maritim, agraria. haha hingga sekarang aku masi tertanya-tanya apa signifikannya subtopik ini. Aku lebih suka subtopik sejarah yang berkaitan dengan peperangan seperti silibus tingkatan 5 yang banyak menceritakan tentang sejarah Islam dan empayar turki uthmaniyah. Oh ya! tentang zaman Renaissance dan zaman gelap eropah juga aku suka. Bab perlembagaan negara dan sistem politik dan parlimen juga menarik.

Selain minat, aku memilih Sejarah kerana, aku mahu pupuk semangat nasionalism dalam diri anak-anak didik aku. Aku tengok semagat kewarganegaraan kian pudar. Kenapa? bila dimomokkan tentang keburukan sistem pentadbiran Malaysia sahaja, terus sebilangan rakan aku berkata

"Nanti aku nak tinggal kat UK la tak payah duduk Malaysia yang banyak corruption ni"

Aku diam sahaja mendengar kata-kata ini. Tak sedar bahawa yang bakal menaja pelajaran kamu ke luar negara nanti kerajaan yang dihina dicaci ini juga. Bersyukurlah wahai sahabat.

Lagi satu, sejarah ini antara subjek wajib lulus dalam SPM jadi, aku nak bantu golongan yang dipinggir ini untuk lulus subjek ini. Lulus wahai rakan-rakan bukannya A+. Semoga dengan lulus itu mereka dapat sijil SPM yang nilainya snagat penting di Malaysia ini.

Setakat itulah nukilan aku dalam blog kali ini. Aku harap dengan menaip impian aku ini daam blog, aku dapat sentiasa memperingati diri aku tentang impian yang aku nak kecapi ini dari masa ke masa.
Semoga Allah permudahkan. Wallahua'lam bi sayyab.





I'm not strong


I'm scared with what will happen to me soon
I'm so so scared
I'm scared

I always wonder why I have to take this rough part
I can't stand in the middle of people anymore
I can't follow the flow anymore

I want to be
Please..
I'm not strong
I don't have any courage anymore

Yet, i still have to face it