Thursday, December 26, 2019

ULTIMATE UNBOXING

Assalamualikum and Hi?

Guess what??

MY FREAKING TPLANNER 2020 HAD FINALLY ARRIVED (well, technically it already arrived ages ago but I only got the chance to pick it up from Izzati's house today. Why I have to self pick? It was such a long story maybe I will explain later in this entry (read *maybe* twice hehe)

Well, for this entry, obviously I'm going to unbox my TPlanner :)

This is the front cover of this planner's wrapper ( Baru wrapper dah lawa)
This is my first time, buying a handmade planner from our brother, Teme Abdullah but a second time for Izzati. So yeah, what can I say, this planner is super awesome! I give 9.9/10 for the lawaness.

Ni baru wrapper kawan-kawan sekalian

First of all, I feel so glad that I'm among the 22,222 people to have this planner and yet, I also feel so grateful to have this even though I had to sacrifice 50 ringgit in order to get this planner haha xD. (still a cheapskate there)

Look at that precious sticker (Kenapa Teme tak bagi cop mohor kat aku ðŸ˜ž )

At first, I felt very reluctant to open this wrapper because it was so beautifully wrapped and I also didn't have the gut to open it (yela, takut koyak, barang mahal kot). Then, I just unwrapped it je la. (kalau tak, tak la namanya unboxing)

Tadaaa
BTW, there is a little note slipped in between the planner's strap. And the content of the note is very heart whelming and overwhelm too.

This is what the note sounds and looks like
The front cover of this planner is so freaking elegant. Really cool and suitable for both girls and boys.
Basically, people would not condemn the boys for having a planner la because at first glance, this planner doesn't look sorta like a diary pun. It looks more like a notebook in a formal meeting that usually used by the datuks and datinss.

kan?
Next in the line is the certificate of ownership ( Boleh guna untuk apply kerje ni). So technically I'm the 3,255th haha

Teme tulis sendiri tau nombor ownership tu, meaning that dia pernah sentuh buku ni hahahaha (i'm trying not to be creepy here)
Lastly, I'm going to share some of the contents in this planner. But bare in your mind that this is only about 2% from the planner tau.

boleh tulis hutang kat sini

Ada ruang untuk berart

anatomy of the certificate
That's mark the end of my unboxing. Bye


Affectionately,
Rahil
26/12/2019
12:35 a.m.
Thursday








How I passed my JPJ test with Anxiety Disorder

Assalamualikum and Hi, kepada pembaca semua
Hari ini, hari yang agak mengembirakan bagi aku sebab buat julung kalinya, aku lulus JPJ test aku!
Bukan senang. After sweat and tears untuk dapatkan hanya satu lesen P (aku buat DA sebab aku tahu aku tak mampu nak buat yang manual)

Untuk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama aku ambil ujian JPJ tapi kali yang ke-2
Ya, aku repeat test JPJ aku dan aku tahu aku noob sebab ramai orang buat satu kali je. Kali pertama aku gagal ujian JPJ, tak dinafikan aku rasa down gila nak mati sampai berbulan-bulan sampai study aku pun terganggu sebab my mind keep haunted by the JPJ's failure accident. Aku memang susah nak move on sikit, tambahan pula aku memang ada masalah anxiety. Jadi, keadaan makin menjadi teruk. Study aku memang dah kelaut. (ni bukan acah, ini adalah hakikat sebab sesungguhnya aku bukan seorang yang suka mengacah dan aku memang tak suka gila dengan manusia yang suka mengacah)

Impak gagal JPJ bagi seseorang yang menghidap anxiety memang sangat besar sebab mungkin sesetengah daripada diorang macam aku akan sentiasa terngiang-ngiang tentang kegagalan yang lalu. Susah nak move on.
Bukti yang aku pernah gagal test JPJ haha xD
Time ni aku ambil ujian JPJ akuyang pertama iaitu pada 21 Jun 2019 jatuh pula pada hari jumaat yang barakah.
Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab,last aku tamat kelas memandu yang berjam tu pada bulan 3 so gap antara tarikh aku tamat jam memandu dengan test sangat panjang. Tambahan pula, aku tak amik kelas preparation sebelum aku amik test JPJ. That's why aku gagal.

Aku kena marah teruk dengan ayah aku sebab yela, gagal JPJ melayang duit beb. Bukan singgit dua ringgit, beribu-ribu jugak la. Sebab tu aku kinda tekad yang kali ni aku nak buat yang terbaik.

Journey aku ambil lesen ni bukannya senang macam semua orang. Sekali pergi dah dapat lesen P. Tak. It is such a pain in the ass.

Setiap hari aku akan rasa takut gila untuk pergi belajar memandu. Sebab entah macam mana, tempat memandu tu triggered aku maybe sbb faktor ramai orang or dll. Aku takut nak berkomunikasi dengan instructor aku dan diorang agak garang. So, bila aku buat silap sikit, diorang akn tegur dengan nada yang agak tinggi dan aku akan terus hilang mood dan try to stay untuk cukupkan jam aku ja.

Something that might look easy in someone else's eyes would not be easy for me. Sebab aku jenis  yang take time untuk hadam suatu ilmu baru. Lebih-lebih lagi yang melibatkan skill.

So yeah, at the end aku akhirnya passed jugak driving license aku selepas hampir setahun berusaha untuk mendapatkan satu kad plastik ini yang akhirnya dapat membenarkan aku untuk memandu secara sah di sisi undang-undang jalan raya negara. :)

Nak dapatkan satu kad plastik ni bukannya senang *sigh*

So far, alhamdullillah nak dapatkan lesen memandu P selepas korang pass ujian memandu agak mudah. Korang just kena check regularly after korang passed driving test korang dekat laman web JPJ ni  https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu

Lepastu, korang hanya perlu semak sama ada keputusan ujian memandu yang terkini telah dikemaskini atau belum baru korang proceed ke cawangan JPJ terdekat. Kalau macam aku, aku buat dekat JPJ Putrajaya di Galleria. Dalam 15-30 minit dah siap. Yang penting, korang kena bawa slip keputusan ujian JPJ ni berserta gambar passport background PUTIH dengan salinan IC lesen latihan (Yang ni suruh pusat memandu korang fotostatkan pun tak mengapa).Oh ya, Tak perlu bawa IC pun tak apa.

Contoh slip yang korang kena bawa ke pejabat JPJ nanti
Then, Korang punya lesen memandu pun siap dengan jayanya. Mudah sahaja prosedurnya, yang susah tu part nak lulus ujian memandu sahaja. Kalau lulus driving test tu semuanya akan berjalan lancar. Inshallah kalau aku rajin aku buatkan satu entry khas on "HOW TO PASS MALAYSIA DRIVING TEST FOR TOTAL NOOBIES" hahaha.

Sebelum aku masuk test pada 17/12/19, aku mengadu kat kawan aku yang aku takut gila nak masuk test esok then dia hantar video ni kat aku. Alhamdullilah berkesan. Sepanjang aku tunggu giliran untuk test haritu, aku dengar lecture pak cik ni je dan anxiety aku pun semakin reda. Thanks Fatin !



yang mencoret,
rahil
26/12/2019
12:02 a.m
khamis








Thursday, December 12, 2019

Jiwa Mati


Aku rasa putus asa. Adakah ini namanya futur?
Mungkin
Entah kenapa saban hari aku merasa penat dan lelah
Biarpun setiap hari ibu ayahku hanya melihat aku terkujur malas ditempat beraduku
mataku tak berkedip merenung peranti durjana
Aku tak tahu mengapa?
Dan kenapa?
Aku merasa kosong

Kuliah yang terletaknya betul-betul ditengah hutan kelapa sawit
Manakan sama dengan kuliah yang terletaknya dihadapan istana raja
Biahnya pun sangat berbeza
Aku rindu
Aku rindu teratakku yang dahulu
Tempat dimana aku jatuh, ada tangan yang sudi menghulur
Tapi kini, mungkin tidak lagi

Kontradisnya dengan kuliahku sekarang
Semua manusia memacu kenderaan mereka sendiri
Entah dijelingnya kiri dan kanan atau tidak
Aku buntu bersama kenderaanku
Mengelak sini dan sana dari dilanggar pacu empat roda milik mereka
Masing-masing bangga dengan kenderaan sendiri
Ada yang berjenama luar negeri
Megah mendabik dada

Aku?
Hanya punya pacu empat roda yang masih elok
Namun kadang-kadang enjinnya semput
Tapi, masih dapat bergerak
Biarpun tidak laju seperti yang lain
Aku bersyukur

Bagi aku kuliah itu umpama satu kilang dimana semua orang telah dipasakkan minda mereka untuk mengejar satu perkara yang sama. Maka, orang yang berjaya mencapainya akan dicanang-canang kepada satu muka bumi, dan yang tak mencapainya akan hilang di dalam dunia maya itu tanpa dapat dikesan. Aku penat, ya sangat penat. Mengejar impian yang masih kabur.

Dan mereka yang mencapai trofi tersebut akan mula mengheboh-hebohkan kepada semua kenalan mereka dengan riaknya.

Aku tahu aku bodoh, manusia yang teramat bodoh di kolej tersebut. Masakan ilmu hisab yang bisa dihitung dengan jari tangan dan kaki pun aku lemah bagaimana aku mahu menyelesaikan soalan kalkulus yang menyerabutkan otakku.

Dianggapnya sang Raja Merah sebagai tuhan. Jika kamu gagal, maka diberi amaran keras.
Maka, engkaupun terkebil-kebil ketakutan dan cuba memperbetulkan kekuranganmu itu demi memuaskan hati sang raja.

Aku tahu sang raja tersebut bakal memanggilku pada tahun dua puluh dua puluh kelak. Mungkin jasadku masih di kuliah tersebut dan mungkin tidak lagi. Aku redha dengan ketentuan ilahi. Memang aku hilang semangatku untuk menimba ilmu dengan cara sedimikian rupa. Aku tidak sanggup melihat si anak murid cuba memijak-mijak kepala sang murabbi. Aku penat melihat si anak murid ketawa berdekah-dekah memikirkan tahap ilmu sang murabbi yang dianggapnya sangat enteng. Aku sedih dan penat.

Biarlah orang menganggap aku membazirkan sisa hidupku disana. Hanya aku sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Mereka tidak.

Pedih hatiku terkenangkan wajah-wajah mereka yang awalnya aku mengaggap sebagai sahabat
Tetapi sebenarnya sahabat yang hatinya busuk dengan hasad dengki yang entah mengapa.
Aku juga punya dosa. Dan dosaku tidak terhitung.

Aku harap, Allah azza wajalla sahaja yang tahu apa yang bakal berlaku dalam hidupku.
Alangkah indah hidup tanpa manusia toksik.

Ehsan google image


yang mencoret
Nur Rahil
12/12/2019
Khamis
7:28 p.m.