Assalamualikum dan Hi, kepada sesiapa yang sentiasa membaca entry dan penulisan aku yang kadang-kala entah apa-apa. Untuk kali ini, aku nak tulis tentang impian, cita-cita dan aku.
Dalam kehidupan ini, kadangkala kita seakan-akan dipandu oleh hidup tanpa kawalan diri kita sendiri. Pergerakan kehidupan dari subuh ke senja sangat cepat. Kadang-kadang aku termenung bersendirian memikirkan tentang apa ertinya aku wujud di dunia ini.
Sebahagian dari mereka amat bahagia dengan kehidupan kerana mereka punya rakan-rakan untuk tertawa mesra. Aku? Jujur, aku tak punya begitu ramai kawan dan sahabat. Ianya kerana aku tidak suka akan perbualan kosong. Aku lebih suka berbincang tentang perkaea-perkara yang berat dengan sahabat-sahabat yang sekepala denganku.
Mutakhir ini, aku telah membawa diri aku sendiri ke lembah kegagalan dan kemalangan. Tapi, aku masih bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepadaku.
Setiap hari, aku bangun dari tidur yang lena. Aku bertarung dengan mindaku yang tiap-tiap hari melemahkan semangatku hingga kini. Aku tak pasti sama ada aku mampu untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar kolej hingga Mei 2021. Aku tak tahu dan tak pasti. Aku tidak punya idea apa yang telah diaturkan oleh sang ilahi kepadaku. Aku tidak tahu sama ada aku akan berpeluang untuk ke benua Amerika atau tidak. Hati kecil aku tahu bahawa tubuh kecil dan hina ini tidak mampu. Aku akan tetap berlapang dada jika itu bukan rezekiku. Tetapi aku risau akan apa yang kawan-kawan aku fikirkan tentang aku yang tidak bercita-cita setinggi mereka untuk bermigrasi.
Ah, lupakan saja apa kata mereka. Hidup aku adalah hidup aku. Hidup mereka adalah hidup mereka.
Asalkan aku punya peluang untuk ke menara gading sudah memadai.
Hai hidup, engkau rasa, aku Si Malang dan Bodoh ini, layakkah untuk mempunyai impian dan cita -cita setinggi Si Bertuah dan Bijak? Sungguhpun aku yang malang dan bodoh ini punya cita-cita dan impian aku tersendiri yang aku sendiri anggap sebagai mustahil untuk kukecapi. Kejayaan yang aku kutip zaman dahulu kala bukan lagi menjadi petanda bahawa hidup aku serba indah dan selesa pada masa yang mendatang. Malah, mereka yang hidupnya sedarhana sahaja jauh lebih baik dan bahagia dari aku. Apa patut aku lakukan?. Aku hanya mampu membiarkan takdir ini membawa hidup aku.