So basically, kalau fikir logik en memang mustahil lah dokumen tu nak sampai tepat on 18 Dec kan?
Guess what?!
Dokumen tu sampai tepat on 18 December dude! Wow FedEx, I'm so impressed with your service. Seriously, impressed as hell! Wow, kesabaran aku memang paid off well punyalah. Siapa tahu kuasa Allah kan?
Exactly on time! Thanks FedEx. Yang pening2 lalat tengok tarikh tu, bear in mind yang sistem tarikh Amerika is MM/DD/YYYY. Haha, Amerika memang different in every aspects (especially penggunaan unit SI)
Aku wonder jugak, kenapa cepat sangat delivery dia sebab yelah even nak hantar dokumen within Malaysia pun took times jugak kan, so here aku letakkan kronologi perjalanan dokumen aku ni.
Hari pertama (16/12/2020) ni aku guna sistem tarikh antarabangsa tau
Second Day of Delivery (17/12/2020)
Finally Delivery Day! (18/12/2020)
Memang puas hati gila guna FedEx ni, DHL pun agak take time untuk hantar dokumen sebab aku hand-on kat kaunter DHL on 31 November dan sampai dalam 3 December (Lewat sehari je berbanding FedEx). Apa-apapun perkhidmatan kedua-dua International courier ni sangat berbaloi and puas hati dengan harga yang kita bayar for their services.
Afterall, aku relieved sangat sebab yelah, maybe kalau dokumen lambat sampai kang kena revoke. Yelah, org nihon kot punctual huhu.
Thanks, Shoji-san haha
Akhir kata, it is true indeed patience did help you in many aspects and most importantly, Alhamdullilah.
Okay, kali ini soal nak apply universiti yang aku nak dan ragam-ragam yang aku terpaksa hadap pada entry yang lepas tu kira dah settle (Basically belum settle buat timeframe sekarang tapi utk masa akan mendatang ianya adalah masalah)
Aku bukan seorang yang mudah gelabah dan ya, sekarang aku bukan seorang yang gelabah tak tentu pasal. Tapi seperti mana kita tahu, dengan adanya deadlines, nescaya manusia akan gelabah tak tentu arah dan dari situ, aku pun acah-acah gelabah la jugak sebab semua org gelabah.
Okay, sudahlah mengarut tu. Back to my ranting,
Dokumen bagai semua telah pun aku pos.
Aku pos 31 November sampai 3hb December deadline 18 December
Okay basically, semua hal aku dh settle baik punyalah and adalah sikit-sikit dokumen yang kena betulkan tu tapi semuanya via email je. Then, tetiba pihak universiti minta Kolej aku untuk poskan Predicted Grade sebab aku orang first dari Malaysia dan amik program IB apply uni tu. So, aku pun bagitahulah cikgu aku. Dan yeah, cikgu poslah guna FedEx.
Dah hand-on ke belum kat FedEx tu tak tahulah kenapa still tak dapat detect dalam sistem yet.
Deadline 18hb December, 16 December baru pos haha. Basically, kalau dalam Malaysia pun entah sampai ke tak 18 December tu. Entahlah aku tak rasa apa-apa, sebab what's the point kalau aku salahkan cikgu pun sebab pos lambat and cikgu pun dah tolong aku agak banyak juga dengan request pelik aku ni (Semua org pandang ke barat, aku sorang je ikut galakan Dr.Mahathir untuk pandang timur haha).
BTW, tetiba senior aku hantar ni
Patience is that the heart does not feel anger towards that which is destined and that the mouth does not complain.
(Ibn Al-Qayyim, Al-'Uddah, p.156)
Patutlah aku takde rasa marah haha
Aku pun email lah kat pihak universiti untuk inform dorang yang aku pun dah hantar dokumen yang dorg nak tu, and in the same time aku pun tanyalah apa jadi kalau dokumen tu sampai lewat haha.
'Cannot promise but might' hurmm
Kesudahnnya, harapnya pihak universiti pun terimalah PG tu dan semuanya berjalan dengan lancar. Andai kata application aku kena revoke sebab dokumen lambat sampai. Inshallah, aku redha dengan apa yang berlaku sebab aku tahu ada hikmah dan ada yang lebih better Allah dah aturkan untuk aku.
Apa-apa yang berlaku sepanjang proses aku apply uni nihon ni, aku akan sedaya upaya coretkan kat sini supaya in future, kalau ada sesiapa yang ada pemikiran sama macam aku kat Kolej tu boleh rujuk hehe. (sembang macam dah masuk uni tu ja)
1.Tahun 2018, masa tu aku F5, aku ada pasang niat nak sambung belajar ke US. Memang kalau kat meja aku dalam kelas tu aku tulis besar-besar yang aku nak sambung belajar ke US. So, since then aku belajar sungguh-sungguh untuk merealisasikan impian aku tu. Initially, aku ada lukis aku draw path line untuk future aku. Since masa awal-awal F5 tu result aku pun tak berapa cantik, aku ada juga sediakan pathway untuk aku if aku tak berjaya sediakan payung sebelum hujan mungkin (?)
Plan aku masa F5 ðŸ˜
2. Tahun 2019, mulut aku masin time F5, aku cakap nak ambil International Baccalaureate kat TKC haha. At the end of the day, aku dapat International Baccalaureate tu tapi kat KMB. Hurm. Masa aku F5 aku bercita-cita nak jadi engineer (Nak jadi injinur konon, pijik pun cam haram jadah ja haha). Disebabkan aku dah dapat tawaran pinjaman YTP MARA dalam bidang applied sains, maka kenalah tukar course yang aku nak sambung untuk degree nanti. Dalam list tu semua aku tak berapa minat sebab aku tahu kapasiti otak aku macam mana. Satu ja degree yang aku rasa aku minat sikit, iaitu Geology/Geoscience.
Aku siap buat webinar tau pasal Geologi (Ni atas usaha dan iniatif sendiri since kolej tak provide info pasal degree course)
Ya, aku tak ubah aku punya choice untuk degree sebelum aku apply YTP MARA ni sampai sekarang di saat kawan-kawan aku semua pakat tukar degree choice masing masing. *sigh. Time ni aku tekad untuk gi US bagi course Geologi.Oh, btw, minat aku berputik untuk minat geologi waktu zaman aku PT3 lagi. Masa tu, Majlis Persaraan Cikgu Chek Ramlah. Time tu ada tayangan montage tentang biodata beliau, then ada satu gambar anak perempuan dia pakai baju fullset offshore petronas/shell kat rig. Anak dia geologist. Aku yang berumur 15 tahun ketika itu terus starstruck dan berangan-angan untuk jadi geologist. Fast forward, sebab tu lah aku nak sambung degree Geologi bawah tajaan MARA ni.
3. Tahun 2020, US & Trump dan ramai orang anggap US adalah sebuah negara yang bermasalah. Dengan masalah Islamophobic dll. Most cohort aku apply UK. Yelah, UK boleh jalan-jalan seluruh Eropah lawa ada mat salleh blablabla. Tapi masalahnya, aku takde *nafsu* nak gi UK. Even kalau aku dapat belajar kat UK sekalipun, adakah aku gembira di kemudian harinya? Mestilah tidak. Jadi buat apa aku nak apply UK kan. Jadi aku pun tak apply la sebab sebelum aku jejak kaki kat KMB tu aku memang dah tak nak gi UK.
Menurut surat perjanjian yang MARA gariskan, aku still boleh apply TOP 10 Developed/ Top 5 Developing Country by Subject. Jadi aku applylah Jepun. Dalam bidang Geoscience in English melalui g30 program. Aku apply University of Tsukuba. Number 9 (2020) in national ranking tapi tak jumpa ranking untuk geosains lagi. Sebab aku fikir, aku boleh belajar bahasa baru dan bahasa Jepun ni marketable beb. Belajar bahasa memang untung.
Impian sekadar impian, adakah ia menjadi benar? wallahualam
Dokumen pun dah pos, entrance fee pun dah bayar. Entrance fee lebih kurang dalam 4,500 yen (RM157) duit pos DHL lak RM120. Nasib baik sampai haha. (Aku ingat nak share pasal pengalaman pos international guna DHL untuk next entry, kalau aku rajin la). Memang plan tip-top punya.
Kek bufday aku pun dalam katakana tau haha.
4. Tetiba harini ada annoucement baru, MARA tak nak pulak taja developing & developed country. Banyak UK ja. US lak genyah skit nak apply. NZ tak leh apply dok ahu nape. Australia lak ANU ja boleh apply. Dilema betoi la, dah la application Jepun tu memang dah settle down banyak dah. aduh.
5. Entahlah, aku dah tak de hala tuju dah. Plan akhir apply jelah CU Boulder, since deadline pun 15 January 2021 tahun depan an? Tapi MAHAL beb. Yelah, uni US rakyat depa pun complain mahal. Entahlah, tak dak semangat nak belajar dah kalau asyik macam ni ja keadaan.
Konklusi, jadi ahli politik jela senang, result SPM bagus. Sijil degree boleh 'fake'kan en?