Assalamualikum dan hi ✌, hari ini izinkan aku untuk kemaskini semula perjalanan aku apply uni nihon tempoh hari. Pertama sekali, aku nak mohon maaf kerana telah sekian lama ya aku tidak update blog ni hahahaha.
Aku sebenarnya tak berapa suka untuk menggunakan bahasa rojak dalam penulisan tetapi aku akan cuba untuk meminimakan sebaik mungkin penggunaan bahasa rojak aku #nasionalis
Dalam entry yang lepas, aku ada menceritakan tentang bagaimana aku dan cikgu kaunselor aku telah menghantar semua jenis dokumen yang diminta oleh pihak Universiti. Alhamdullillah, setelah semuanya selesai dihantar, aku hanya perlu tunggu keputusan saringan pertama keluar, iaitu pada 10 Febuari 2021
Ini adalah jumlah keseluruhan pelajar yang lepas saringan pertama |
Dan Alhamdullilah, sekali lagi, aku lepas first screening Uni of Tsukuba Life and Environmental Science students.
Setelah aku melepasi saringan yang pertama ini, Universiti akan minta anda untuk membuat pembayaran kali ke-2 untuk ke peringkat 2nd screening. Tak silap aku kena bayar dalam 13500 yen (bersamaan lebih kurang RM500) cara pembayaran untuk Uni jugak agak menarik kerana mereka menggunakan sistem e-shiharai yang sangat memudahkan terutamanya yang melibatkan international transaction walaupun laman webnya agak 'old school'. Vibe 90an punya internet gitu.
Contoh receipt |
Agak classic kan?
Selepas pembayaran selesai dilakukan, dalam tempoh sekitar awal bulan 3, anda akan menerima email dari pihak universiti berkenaan tarikh interview face-to-face (melalui zoom). Yang menariknya, ada testing session, yang mana wakil universiti (usually administrator) akan check line korang sama ada okay tak untuk dilakukan proses temuduga tersebut.
Beginilah rupa details Interview yang aku terima |
Aku agak kecewa lah juga kerana aku tak sempat nak screenshot gambar-gambar aku berinterview dengan lecturer-lecturer dari Jepun ni hanya kerana aku malas, bukannya terlupa haha. Jadinya, selepas anda mendapat email sebegini dari pihak universiti, anda hanya perlu tunggu tarikh-tarikh yang sekian dan hanya perlu buat yang terbaik sepanjang temuduga nanti.
Malam sebelum aku temuduga dai (singkatan untuk University in nihongo), aku memang sibuk menyiapkan diri aku dengan pelbagai soalan-soalan yang berkaitan dengan Geologi dan ilmu asas geologi. Memang banyaklah aku baca hehehe.
Antara nota yang aku sempat buat dan snap |
Dan sebaik sahaja habis interview, aku hanya perlu tunggu keputusan interview tersebut keluar pada 30 March 2021. Alhamdulillah, aku lepas saringan kedua. Untuk interview, aku takda apa-apa tips tetapi apa yang aku perlu suggest, anda perlu tunjuk bahawa anda betul-betul minat dengan course ini, dan kalau boleh cerita la sikit part technical stuffs berkaitan geology ni. Nescaya, interviewer tak kan tanya soalan technical hahaha. Oh, yang aku kagum sekali, interviewer lecturer jepun ini tahap penguasaan bahasa inggeris mereka sangat baik! Semalaman aku risaukan tentang bahasa inggeris diorang time interview nanti dan bukannya aku, yelah nak jawab apa nnati kalau tak faham haha. Oh my english!
Successful applicants for 2nd stage screenings (agak sikit 😟 ) |
Hanya 3 medical students were accepted |
Pengurusan universiti khususnya di Jepun ni sangatlah cekap dan tepat. Anda pula WAJIB follow semua datelines yang telah ditetapkan oleh pihak universiti sebabnya mereka sangatlah punctual dengan semua perkara melibatkan dokumen etc.
Yang aku tak berapa sukanya dengan sistem application dai jepun ni adalah terlalu banyak paperwork dan agak susah atau ghenyah lah jugak. Yela, anda terpaksa pos segala hal dokumen amidst pandemic kan? Memang agak sedikit susah untuk menguruskannya. Yelah, COVID limits everything. Pada pendapat aku, dah pun tahun 2021, uni-uni di Jepun patutnya sudah mula menggunakan prinsip paperless ataupun segalanya diuruskan secara komputer dan bukannya lagi manual. Sigh.
Dan pihak universiti, melalui email ada mengatakan yang mereka akan mula membuat pengeposan dokumen dan surat tawaran bermula 30 Mac. Guesss what, 31 Mac Mak aku call aku dan beritahu aku, dokumen dan surat tawaran telah pun tiba 😱. Memang superb fast la kerja Japanese dai ini.
Cantik dan aesthetic gitu 😊 |
Dan as aku mentioned before, dai nihon ni memang sangat gemar menggunakan kertas, dan again, aku terpaksa pos sebahagian lagi dokumen yang pihak universiti minta applicants untuk isi. Ya, dalam muka surat yang pertama, memang telah diberitahu yang perlu menggunakan tulisan tangan asli pelajar sendiri! memang terketar-ketar dan betul-betul telitilah aku mengisi borang ini.
Agak tebal dokumen yang aku terima, tapi nasib baik apa yang perlu hantar semula agak sedikit sebab penghantaran dokumen aku yang dahulu (Yang DHL tu) dah agak banyak yang aku pos. Alhamdulillah. Pihak universiti ada kirimkan pelbagai brochure dan buku maklumat tentang universiti. Memang colourful dan banyak cartoon macam tadika pula haha.
Da sekali lagi, aku terpaksa guna courier untuk pos dokumen aku. Disebabkan aku dah 3 bulan terkandas kat kolej, aku terpaksalah minta tolong Cikgu kaunselor aku untuk poskan aku punya dokumen. Rupa-rupanya, aku boleh uruskan sendiri dengan hanya bawa dokumen aku ke pejabat dan bagitahu kepada staff yang aku nak pos dokumen ni ke sekian-sekian tempat.
Aku dan kawan aku berurusan di pejabat Kolej (Kolej aku partner dengan Fedex) dan berakhir sekitar pukul 10:28 pagi. Dan guess what? 😏 pukul 10:58, dokumen aku telahpun dipickup oleh pihak FedEx
Jujur aku agak terkejut sebab sejak bila pengurusan by Malaysian this freakin' fast haha,kalah Japanese hehehehe 😂 |
Dan buat masa ini, aku rasa, aku hanya perlu siapkan diri aku untuk hadapi peperiksaan akhir yang bakal menentukan sam ada aku dapat sambung ke uni pilihan aku di nihon atau tidak. Hurm, aku rasa samapi disini sahaja kot apa yang berlaku kepada aku sepanjang perjalanan aku apply Tsukuba dai ini. Kalau ada apa-apa yang perlu aku kongsikan, inshallah aku akan stay update on the news! Stay tuned.
Version ni best (╯°□°)╯︵ ┻━┻