Monday, July 5, 2021

umur dua puluh


esok tanggal pada 6hb,
akan menjadi satu titik penentuan yang akan menentukan arah tuju kehidupan,
ke-dua puluh tahun aku di bumi tuhan ini
aku coretkan disini agar diri aku yang ketiga puluh tahun kelak
akan sentiasa menghargai sosok tubuh ini
entah hidup, entah mati

hidup aku di kuliah kelapa sawit itu perit
perit yang tiada seorang insan pun tahu
sentiasa dalam keadaan kehinaan
sentiasa dipijak lumat
oleh manusia-manusia buih 
kerna sentiasa berada di bawah 
aku bukan anak menteri seperti mereka
bapak dan ibuku
hanyalah mereka yang makan gaji

hidup aku perit
tak pernah dihargai
mereka tak tahu
siapa yang mahu tahu
hal duniawi orang lain
uchi dan soto
mereka juga punya keluarga sendiri

sungguh aku tak gembira di sana
dalam hidup aku
aku telan sahaja perit kehidupan
kerana itu yang orang tua aku
selalu tasbihkan kepada aku
aku simpan
aku pendam
aku gantung topeng ceria
agar aku dapat telan semua jarum keperitan ini

tangal tahun dua puluh
aku tak mampu lagi
untuk telan segala jenis jarum
aku penat
letih 

aku akhirnya bukan manusia 
yang sepertimana mereka sangka
aku juga punya masalah
aku jumpa sang tabib
kucurah semua masalah aku
diberi aku escitalopram

hari berganti hari
masalah tetap mendatang
namun aku hanya telan selagi mampu

medan perang kian mendekat
berbekalkan sebilah pena
aku berlawan
sehabis baik yang aku boleh
aku cuba
aku cuba
aku cuba

buat yang membaca
jika pada 6hb esok
andai aku tewas 
malah gagal
untuk memenuhi impianMU
aku mohon maaf