Wednesday, August 10, 2022

Bercuti di New York Under Tight Bajet (yes it is possible)

Assalamualaikum & hi. Tulisan kali ini, aku nak kongsikan pengalaman aku bercuti di kota New York selama 3 hari 2 malam. Untuk pengetahuan semua, sepanjang cuti summer ini, aku takdelah sakan bercuti sangat sebabnya aku kerja dan juga well, keewangan agak tight. Since 4th July tu cuti umum and jatuh pada hari Isnin, jadi aku tak kerjalah hari itu and in the same time, aku ada janji dengan rakan aku dari Saudi, Najla yang nak bercuti ke New York sama-sama.

Nak jadikan gambar timeline ahaks

Akupun ambillah cuti hari Jumaat tersebut untuk pick up Najla dari rumah dia kat State College and drive her up to Harrisburg sekali dengan Syaf (Housemate & Senior saya) sebab Najla ambil Summer courses kat Harrisburg and lagipun kawan-kawan Malaysians aku ramai yang balik Malaysia and ada yang suruh aku jagakan Kereta dorang. So, that's a great chance untuk aku melawat Harrisburg and jalan-jalan sekitar Harrisburg dengan berkereta hahaha. 

Najla, Syaf & Rahil di Penn State Harrisburg

Drive dari State College up to Harrisburg, Yep akulah supirnya hehe.

Lagipun, Harrisburg lagi dekat dengan New York City. Lebih kurang 4 hours drive je untuk sampai. So dari State College ke Harrisburg kitaorang drive and from Harrisburg ke NYC naik bus. Tambang pergi dalam $38 per person and balik dalam $39. Agak murah jugaklah compared to naik dari State College.
So anggaran kasar tambang dari State College ke New York dalam $77. 


Naik Bus dari Harrisburg ke New York City lessgo

Untuk hotel, aku & syaf guna website Priceline. Kitaorang guna this feature where dia bagi macam random hotel 4 bintang tapi kitaorang hanya bayar dalam $158 per night for 3 person (which is in the end Najla tak jadi ikut sebab dia ada exam, kalau tak boleh cut lagi banyak cost kat sini). Hotel yang akan dapat adalah random tapi still 4 bintang lah. So, dalam list possible hotel ada Hilton, Grand Hyatt and etc tapi semua kat area Manhattan lah. Rezeki kitaorang, kitaorang dapat Grand Hyatt. Dude, FREAKING GRAND HYATT! Kat KL pun tak mampu nak tidur kat Grand Hyatt ni kan pula kat New York City, memang kitaorang excited gila lah bila dapat Grand Hyatt sebab sebelah Grand Hyatt tu Grand Central which is all subway connections berada di sini. Kiranya Grand Central ni macam KL Central lah. Like 1 minit je  jalan dari Grand Hyatt ke Grand Central sebab sebelah-sebelah je. 


Tak silap total stay di Grand Hyatt dalam $510 tapi bahagi 3 walaupun sorang tu tak jadi pergi sebab yelah dah janji nak ikut tapi last-last tak ikut kenalah juga bayar hehe. So sorang dapatlah dalam $170 per person. Bila aku cerita kat officemate aku yang aku nanti duduk Grand Hyatt kat NYC pun dia terkejut hahaha sebab dapat rate $170 semalam haha. Kat US ni untuk dapat hotel murah kena bijak guna website macam Priceline, Expedia etc untuk dapat rate yang murah. 

In the same time, kitaorang beli juga tiket untuk naik cruise ke Statue of Liberty which is in the same time ada diskaun jugak which is around $12 je per person untuk cruise tu. Harga asal adalah dalam $40 tapi since dapat diskaun bolehlah dapat $12 naik cruise. Untung kan? Again, kena bijak cari diskaun and huge deals. For students, untuk masuk American Natural Museum (ala museum dalam cerita Night at The Museum tu yang semua patung & haiwan bergerak time malam tu) dalam $18 dollar je. So sekarang total tourist attraction yang kitaorang spend adalah around $30 per person sahaja.


Naik Cruise namanya Princess Majesty

Statue Of Liberty, kalau naik yang cruise free tak kan nampak dekat macam ni ahaks

American Natural Museum

Tak nak tulis panjang-panjang tapi ini adalah itinerary & aktiviti kami dari Day 1 sampai Day 3 di New York. By the end of this entry, aku akan masukkan jugak total expenses per person sepanjang trip ini :)

Oh sebelum lupa, kat NYC aku beli 7 Day unlimited subway and bus pass yang berharga $33. So, basically memang kitaorang fully utilize subway and public transport kat NYC.

The iconic New york MetroCard

Day 1
Sampai NYC dalam pukul 6 petang and terus check in di Grand Hyatt. On that night, kitaorang pergi Koreatown untuk makan kat BCG Tofu which is very famous in the US. It's a korean restaurant and kitaorang pergi K mart jugak. Highlight of the night, kitaorang pergi Empire State Building juga. Empire State building usmpah overrated and tak berapa nak best sangat actually. Malam tu makan kat BCG Tofu + K mart dalam kurang $40 

Rasa macam kat Korea betul Koreatown dia

BCG Tofu

K-Mart

Empire State Building

Day 2
Hari ke-2 kitaorang pergi naik cruise tengok Statue of Liberty. Pastu pergi makan kat restaurant Malaysia, Rasa sebab lapar sangat then terus ke American Natural Museum dan Cenral Park. Museum tu tepi central park je. Malam tu terus ke Times Square. Half day habiskan kat Museum and memang pusing hampir 90% museum tersebut mana taknya stay sampai museum tu tutup hahahaha.

Makan kat Rasa NYC memang mahal betul. huhu menangis jugaklah time bayar tu huhu. Makan 2 orang total $70 huhu. Saya punya portion around $30. Kat Times square beli T-shirt NYC dalam $15 agaknya. So, total spending utk Day 2 adalah dalam $50 sebab amik Lyft (macam grab) pagi tu utk pergi ke tempat cruise sebab takde train.


Restoran Rasa NYC

Nasi goreng kampung NYC RM 100+ sepinggan hurm

Nilah Restoran Rasa NYC. Sangat Mahal. Found someone quite famous in Malaysia here according to Syaf tapi saya tak kenal.



Central Park + American Natural Museum time ni tenga renovate so buruk sikit scenery kat luar tu penuh hawker jual ice-cream and Gyro. Harga hawker ni pun cekik darah jugak


Momen-momen di Times Square NYC

Day 3

Hari ini adalah hari last kat NYC. Pagi tu jumpa Jin Kai one of the brightest student in Permata Pintar and also Petronas sponsored student. Kitaorang breakfast kat Grand Central jap pagi tu around $20 for my portion and then kitaorang pergi Malaysia Embassy New York punya cawangan.


Luar Embassy Malaysia di NYC

Kan Monday tu 1st July. So office and semua pusat kerajaan tutup. Kitaorang ni pulak dok berlegar-legar depan Embassy NYC and memang takde niat nak masuk pun. Tetiba si Jin Kai ni gatal tangan pergi tekan loceng. Aku cakap kat dia kang nanti ada pak guard keluar marah kita camna haha. Last-last memang ada orang keluar hahahahhaha. Jin Kai pun acah-acah cool and buat2 sembang dengan encik tu. Aku lupa dah nama apa hahaa and kitaorang dijemput masuk. He also mentioned that dia tengok je kitaorang berlegar-legar kat depan embassy thru CCTV hahahhaha. What a funny day. Kalau Jin Kai tak tekan loceng maybe takleh masuk Embassy and berkenalan dengan staff kat situ. 

Dorang pun saja je datang office on that day sebab nak kena settle down some stuff kat office. Btw, Jin Kai student acturial science at Wisconsin  and tengah buat intern kat NYC tu yang boleh jumpa dia. 

Dalam Embassy

Then around 12 PM balik State College.

Konklusi

So, basically sepanjang Day 1 to Day 3 termasuk transport etc, aku habiskan dalam;

$77 (Tiket bas pergi balik)
$170 (Hotel 3 hari 2 malam)
$30 (Tiket Cruise and museum)
$33 (Unlimited 7 day subway pass)
$40 (makan kat koreatown and ktown)
$50 (Rasa, Lyft and merchandise at Times Square)
$20 (Breakfast at Grand Central)
$30 (lain2 yang not mentioned)

So total dalam $450 which is RM2025. Haa, amacam, berbaloi tak? 

Signing off,

Rahil
10:51 PM
summer August 9 2022
Patton Township

Mahasiswi Dilemma

Assalamualikum & hi kepada anda yang sudi membaca tulisan saya kali ini haha. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat-sangat kerana Allah bagi nikmat untuk aku survive semester 1 di Penn State ini dengan baik. Alhamdulillah lagi, result semester 1 aku kat Penn State ni sangatlah way beyond my expectation and I'd never got this kind of result waktu KMB dulu. Jujur, waktu aku kat KMB dulu sumpah akulah budak paling bodoh and noob. Ye lah, mana ada dalam sejarah KMB budak dapat pangkat 2 dalam exam. Aku je. (By the way, pangkat 7 tu macam yang paling bagus so pangkat 1 tu paling teruklah, and aku dapat 2)

By the way, Alhamdulillah lagi sekali, aku diberi peluang untuk menerima internal scholarship dari fakulti aku which is College of Earth and Mineral Sciences iaitu The John & Elizabeth Holmes Teas Scholarship sebanyak $900 atas pencapaian semester aku yang lepas. Alhamdullilah.

Since aku student ambilan Spring (Jan - May), aku ada gap cuti yang agak besar sebelum aku start semester yang seterusnya which is Fall semeseter (August - December). Gap in between Spring & Fall semester ini namanya Summer Semester. So sepanjang summer ni, aku bekerja as Part Time Student Worker & Admin support at EMS (Earth Mineral Science) undergraduate office. Kerja aku adalah uruskan incoming student untuk schedule diorang punya first semester jadual dan advising these students on what kind of classes they should enroll too. Jujur memang best and in the same time dapatlah aku kumpul duit juga hehehe sebabnya elaun bulanan MARA aku kena tolak since first sem dah duduk on campus huhu.

Okay back to our main topic. Aku sebenarnya agak dilemma sebabnya aku rasa macam banyak sangat involvement yang aku akan buat for this Fall. As for now, aku apply untuk jadi mentor for high school students to do a reserach project berkaitan environment and in the same time, aku juga kerja part time at dining hall untuk yelah tampung bayar sewa rumah bulanan juga huhu. BTW, rumah sewa aku sebulan adalah dalam $317. So kalau aku kerja let's say 10 hours per week, boleh lah aku dapat dalam $400 sebulan and lepas lah bayar rumah sewa, The problem is, in the same time I need to keep in track with my studies too. 

Sebelum aku lupa, aku juga ada apply as Social Media moderator untuk kelab Geoscience jugak haha. Tapi aku tak rasa that role would be very active pun haha. Thanks to Olivia yang banyak introduce aku to many Geoscience clubs here at Penn State. So in summary these are the roles that I applied for this semester:

1) Environmentors at Penn State (Ada projek besar by the end of the semester)

I'm looking forward to this role because I really love doing research project. Aku sangat-sangat suka coming up with ideas and solutions, especially things that are related to STEM. And in the same time, mentors would get a research grand around $1500 for the research. I hope by joining this program, I could build connections with well-established professors and scientists all across the US.  Mana tahu boleh jumpa potential supervisors for post-grad nanti. 

2) Part Time Dining Hall Student Worker (Aku target nak kerja dalam 10 Jam a week)

3) Social Media Moderator for Geoscience Club. (Tak berapa nak berat)

Aku berdoa and really berharap yang Fall semester akan datang nanti wouldn't be too stressful and berat bagi aku sebab tak nak lah spend most of my time on studies semata-mata, nak jugak experience and kutip pengalaman by meeting these awesome new people at Penn State. 

Even pengalaman aku kerja as Part Time Student worker kat undergraduate office ini pun dah terpaling best bagi aku sebab aku rapat dengan all the staffs and adviser kat office ni and in the same time I'd already established good relationships with all my faculty member juga. Don't forget that I also made lots of friends amongst freshmen student jugak since akulah yang tolong dorang susun kelas hahaha. And this job paid me well too haha. 

Anyways, apa pendapat kalian tentang involvement aku for this upcoming Fall semester? Berat tak or doable? Pendapat kalian amatlah saya hargai hehe. Oh btw, kalau aku rajin nanti aku tulis blog tentang trip aku ke New York City on awal July yang lepas. 

Dalam subway OTW to Times Square

Dapatlah lihat dari jarak dekat sebab ni bukan cruise yang free kena bayor

Depan Manhattan Bridge, tengah tunggu cruise untuk pergi ke Statue Of Liberty

It was a 4 days and 3 nights trip and sangatlah best sebabnya all the overrated places in NYC aku dah pergi and memang puas hati gila lah. Hahahahha tahap puas hati tu sampai tak rasa nak pergi lagi ke NYC. And I would also like to share how we stay at Grand Hyatt for a very reasonable price during our stay at NYC. Bayangkanlah even kat KL pun tak mampu nak duduk Grand Hyatt and sewa OYO je mampu and tetiba kat New York duduk Grand Hyatt. Hahahahhahaha. What a pleasant memory and I would also like to share the DO's and DONT's in NYC kalau aku rajin la haha.

ni kat Times Square

Inshallah 19hb nanti aku akan ikut lawatan under Penn State ke Niagara Fall pulak. Tu dah hampir sempadan Canada dah tu ahhahaha. It would be a 4 hours drive from State College. Jangan lupa tinggalkan pendapat anda tentang involvement saya tu ya! Bye and Assalamualikum dan doakan saya untuk Fall semester ini jugatau!