Wednesday, July 31, 2019

Istimewa

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, tanggal 31 Julai 2019 aku diberi peluang untuk mengikuti satu program wajib bagi pelajar IB yang dikenali sebagai CAS.

Ya, CAS. Satu aktiviti yang sangat membuka mindaku. Aktiviti yang mengajar aku erti syukur yang selama ini hanya menjadi sebutan manusia setiap kali menerima kejayaan mahupun kesusahan.

Alhamdulillah, kumpulan aku ditugaskan untuk menjalankan aktiviti CAS kami di PDK Penyayang Bukit Changgang. 5 minit sahaja dari Kolej aku. Jujurnya, pelbagai onar tentang rumah syurga tersebut telah aku dengari sepanjang hari seminggu sebelum kami menjejakkan kaki ke sana

"Hati-hati dengan budak-budak kat situ dorang suka buat orang"

"Jangan rapat sangat nanti dorang attached ngan korang"

Allahu, sedih hati mendengar kata-kata demikian. Ya memang benar setengah dari anak-anak syurga ini agak agresif tetapi lumrahnya, itulah cabaran yang perlu kami hadapi. Jika aku tidak dapat menghadapi ragam anak-anak ini hanya selama 5 jam, bagaimana para murabbi mereka melayan kerenah mereka selama berdekad lamanya?

Aku hanya mendiamkan diri setiap kali kata-kata negatif tentang anak-anak istimewa ini sampai kepadaku. Aku cuba menepis tanggapan ini jauh-jauh dari fikiranku.

Umiku telah mendedahkan kepada kami adik beradik tentang kehidupan anak-anak istinewa ini sejak kami di bangku sekolah rendah lagi. Abahku juga tidak terkecuali. Aku masih ingat sewaktu aku di tingkatan 3, ayahku membawaku ke Zoo Taiping bersama anak-anak syurga PPKI SMK Putrajaya Presint 18(1). Madrasah lamaku sebelum aku berhijrah ke Kolej Islam.

Jujurnya, menyantuni anak-anak syurga ini lebih menenangkan dan tenang berbanding berkomunikasi dengan manusia normal yang penuh perasaan judgemental terhadap diri orang lain.

Setibanya aku di PDK Bukit Changgang, tidak dapat dinafikan khabar-khabar angin tentang anak-anak disini sedikt menguhat keyakinanku untuk menyantuni mereka. Tambahan, aku terdengar perbualan cikgu pengiringku dengan seorang guru yang pernah ditugaskan disitu pada tahun lepas akan pengalaman buruknya.

Sedikit gentar namun ku kuatkan diri. Mereka juga makhluk Allah dan juga seorang insan. Why we must to be scared with them?

Namun, apa yang dimomokkan tidak semuanya benar. Anak-anak syurga ini sangat baik dan ramah. Kaku kami dibuatnya dengan keramahan mereka.

Siapa sangka, anak istimewa ini juga salah seorang dari mereka telah layak untuk wakil Malaysia dalam sukan bola sepak di India. Masyallah. Bukan biasa-biasa anak-anak ini tetapi LUAR BIASA !

Bila aku renung balik, Allah telah cipta setiap insannya dengan sempurna dan terbaik. Hanya diri kita sendiri sahaja yang menilai baik buruk itu berlandaskan akal fikiran semata-mata. Mungkin, anak-anak syurga ini kurang dari ciri fizikal dan mental tetapi, tidak dapat dinafikan, sifat manusiawi dan nurani mereka jauh lebih bersih dan sempurna berbanding kita yang dianggap 'normal'

Kekadang, berbaloi bagi kita untuk duduk dan luangkan sedikit waktu untuk membuat refleksi diri.
Kenapa kita tak pernah rasa syukur dan cukup dengan nikmat yang Allah telah bagi kepada kita? Kenapa setiap kali Allah kurnia satu nikmat kita akan minta nikmat yang lain? Why we always be so demanding towards him? Cuba kita fikir, pernahkah anak-anak syurga ini meminta-minta sesuatu dari Allah sepertimana yang sering kita lakukan setiap hari? Jarang sama sekali, bukan? Ini kerana mereka adalah kalangan hamba Allah yang lebih faham erti syukur hingga mereka tidak tahu nikmat apa lagi yang mereka mahu minta dan rintih dari Allah.


فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ 
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13).

















Tuesday, July 23, 2019

Hilang


Assalamualikum WBT, hari ini aku terdetik dalam hatiku untuk menulis. Ya, menulis. Bagiku, hanya menulis sahaja cara aku dapat luahkan semua perasaan yang terbuku dalam benak pemikiranku. Ya, aku bukan lagi Rahil yang dulu. Rahil yang suka memberontak dan Rahil yang tidak pernah hargai perit jerih Umi dan Abah membesarkanku. 

Aku secara rasmi tamat pengajianku di Kolej Islam pada tanggal 15 Mac 2019. Kolej Islam yang dahulunya aku benci dan aku hina. Ya, aku benci Kolej Islam dengan sepenuh hati dulu. Tapi kini, sesal menyelubungi diriku. Kesal dan sedih. Kenapa? Di mana lagi aku dapat merasai biah solehah dan punya rakan-rakan sebaik di situ lagi? Aku bersyukur dengan segala halangan dan cabaran yang aku telah lalui suatu ketika dahulu di Kolej Islam berakhir dengan kejayaan. Alhamdulillah, impian yang sering diidamkan oleh semua pelajar Kolej Islam dapat ku kecapi. Tapi, bila difikirkan balik? Layakkah aku untuk merasai nikmat kejayaan tersebut? Adakah ia hadiah dari Allah atau ujian dariNya? Mungkin Istidraj dari Allah kepadaku untuk buatku sedar akan nikmat yang telah Dia kurniakan kepadaku selama ini yang seringkali aku abaikan.

Aku rindu semua sahabat-sahabatku yang Bersama-sama 2 tahun berjuang bersamaku di Kolej Islam. Sahabat, yang sentiasa bersamaku di saat suka dan duka terutamanya rakan-rakanku seperjuanganku dari 402 dan 507. Ya, aku akui hidup di Kolej Islam sangat mencabar. Alhamdulillah, Fathul Abqori berjaya harungi cabaran itu dengan penuh tabah.

Kini, semua itu telah hilang. Hilang sudah nikmat biah solehah dalam hidupku. Hilang sudah tarbiah yang selama ini terasa berat bagiku untuk dipraktikkan. Benarlah kata orang, suatu yang dibenci dahulu akhirnya disayangi. Dalam tak sedar, sekejap sahaja aku habiskan sisa waktu remajaku di bumi waqafan. Ya Allah, aku rindu sahabat-sahabatku dan para murabbi.

Aku harap hidupku di Kolej baru ini dapat menjadikan aku lebih tabah. Keputusanku untuk masuk Kolej Mara Banting ini bukannya dimulakan dengan Istikharah. Hanya didorong nafsu untuk menuntut ilmu di negara Eropah sahaja supaya dapat dijaja kepada sanak saudara. Alahuakbar
Semester 1 bagi tahun 1, bagiku, agak sukar kerana, aku kurang faham apa yang cuba disampaikan oleh para pensyarah. Normal mungkin bagi pelajar biasa sepertiku yang sudah 7 bulan melupakan apa yang telah dipelajari dulu. Ya aku tertekan. Tertekan kerana rakan-rakanku semua cemerlang dan bijak-bijak belaka kecuali diriku yang kerdil ini. Hina. Ya, hina terasa diriku banding rakan-rakanku yang lain.

Tapi hari ini, aku terasa sangat kecewa dan sedih. Roh melankolik kembali menyelubungi jiwaku. Aku murung. Ditakdirkan, aku terjumpa blog seorang bekas pelajar terbaik Malaysia 2008 iaitu Nik Mardihah yang merupakan Idolaku sejak kecil. Aku masih ingat tatkala umiku belikan buku perihal beliau keadaku untuk dijadikan tauladan. Aku bersyukur kerana tulisan beliau banyak melegakan hatiku yang gusar dan gundah gulana ini. Terima kasih ukti!

Bila direnungkan kembali, aku harap keputusanku untuk menimba ilmu di bumi KMB ini adalah yang terbaik dan semoga dengan keputusan ini, aku dapat menjadi seorang muslim yang lebih baik pada hari-hari yang berikutnya

"Maka Ya Allah,
andai menuntut ilmu di perantauan itu adalah baik bagi diriku,
kau mudahkanlah aku untuk menuntut ilmu,
Ya Allah, aku harap mulai saat ini, aku dapat menjadi hamba yang terbaik disisimu dan rela berkorban demi agama
Ya Allah, semoga ijtihadku dalam menuntu ilmu ini di redhaimu ya allah."


Wednesday, July 3, 2019

Is it the right pace?

Assalamualaikum and Hi, today i'm going share with you what I've done and till' now, I still wondering am I doing the right thing?
First thing first, I can't literally believe that actually I'm deciding to take the International Baccalaureate or well known as IB as my pre-university preparation but not other pre-university programs out there like Asasi, Pasum and etc

I literally don't know whether it is a right decision... I was very tempted to study overseas until I don't literally realize the risks and how bad the risks are towards me.

Actually, out of 315 students from my batch, as I know only 2 or 3 students who decided to choose the IB program and the rest decided to pursue various types of Asasi in Malaysia and one of them already went to France! I'm very proud of Fathul Abqori's achievement... The quote 'Fathul Abqori Serantau Dunia' is really hit me up...

I know, IB is hard and reckless from the very beginning but yet, I apply for it... yeah, serve me right but I don't have any ideas what will going on with my life soon as we actually didn't start our first PDP yet until the 2nd Intake come next week so they will not miss the train of a rapid learning process hahah XD

But I believe in Allah and his plans that maybe this is the right path for me and I believe also, Allah will not burden his servants over their limit... Everyday... I hope is a new day for me to keep my confident at decent level and I really hope my deppression era will not come again because honestly, it is really hurt and unbearable...

Inshallah I will do my best
امين يا رب العالمين