Wednesday, March 25, 2020

Hari 1

Hari ini adalah hari pertama aku membuat promotion bagi satu kelab sokongan bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Aku namakan group ni, Malaysian Students Support Group atau lebih dikenali sebagai MSSG.

Kenapa aku buat kelab ini ialah, kerana apa yang aku dapati, tak banyak pun kelab-kelab atau support group yang terdapat di Malaysia khusus untuk pelajar. So far, satu pun tiada.

Jadi, atas pengalaman sendiri, aku putuskan untuk tubuhkan group ni pada 24/3/2020 bersamaan hari Selasa.

Aku harap dengan penubuhan group ni, dapatlah aku dan pelajar-pelajar lain di Malaysia untuk meneruskan study mereka tanpa perlu berhenti sekolah. Dan aku harap pada masa hadapan, kalau aku dah berjaya jadi seorang yang berkerjaya, aku dapat bawa dan kembangkan legasi kelab ini.


Kepada korang yang berminat jomlah join Group ni ramai-ramai :)
Tekan link ni





Tuesday, March 24, 2020

Pengalaman Aku dan IELTS

Assalamualikum dan hi, hari ini, aku nak kongsikan tentang pengalaman aku ambil ujian IELTS. IELTS adalah singkatan kepada International English Language Testing System.


Image result for ielts

Kepada yang belum tahu apa itu ujian IELTS, ujian IELTS ini adalah satu peperiksaan Bahasa Inggeris yang berada dibawah pengelolaan pihak IDP (International Development Programme) atau British Council. Exam IELTS ini kebiasaanya bukan sahaja pelajar yang berumur 17-19 tahun sahaja yang mendudukinya malahan warga emas pun boleh ambil ujian IELTS ini. Selalunya orang akan ambil exam IELTS ini untuk mereka yang mempunyai plan untuk bermigrasi ke negara yang cakap omputih (Kanada, USA, UK dan lain-lain).

Kalau SPM pun ada yuran peperiksaan, sudah semestinya ujian IELTS ini pun ada yurannya tersendiri. Yuran ujian IELTS adalah dalam lingkungan RM795 (2020). Itu baru yuran untuk duduki ujian sahaja tak termasuk kalau korang join preparation class lagi. Tentang preparation class, ia tidak menjadi satu perkara yang wajib untuk korang duduki tapi lebih kepada sunat mua'kad  mungkin. Sejujurnya, aku tak join pun preparation class yang berbulan-bulan tu, aku hanya join IELTS workshop yang kolej aku aturkan selama dua hari itu sahaja. Jadi kepada mereka yang diluar sana, aku nasihatkan self learning atau hanya tonton video dalam Youtube sahaja sudah memadai daripada laburkan duit pergi ke preparation class untuk IELTS ni (Ujian dah la mahal tak kan nak membazir duit ke preparation class pulak)

Jadi berbalik kepada tajuk entry, aku nak ceritakan pengalaman aku ambil ujian IELTS ini.

1. Daftar IELTS !

Pertama sekali untuk ambil ujian ni kenalah daftar. Cara untuk daftar ujian ni aku tak berapa nak sure sebab soal pendaftaran dan pembayaran semuanya telah dijalankan dan diuruskan oleh MARA (Pengajian aku ditanggung bawah MARA) dan Lecuterers dari English department kolej aku. Aku rasa bagi mereka yang nak ambil secara nafsi-nafsi boleh hubungi pihak IDP (Aku tak suggest British Council sebab aku dengar berurusan dengan BC katanya agak rigid).Tapi apa yang aku ingat, hari pertama pendaftaran tu, aku kena sediakan satu salinan IC depan belakang dan aku kena isi satu borang IELTS. Korang hanya perlu isi borang tersebut dengan teliti dan tepat. Tick saja kotak-kotak yang ada. Korang akan dapat satu email yang mengatakan korang dah daftar untuk ambil ujian IELTS ni dari agent IELTS. Jadi, stage pertama perjalanan IELTS anda dah settle!


2. Pembayaran

Soal pembayaran ni aku tak jelas sangat sebab segalanya telah diuruskan oleh MARA. Tapi aku rasa korang hanya perlu transfer sahaja jumlah wang yang telah ditetapkan oleh agent IELTS korang. Usai sahaja transaksi wang dilakukan, korang akan terima satu confirmation email dari IELTS.


3. Route to IELTS exam !

Ambillah peluang masa yang Allah telah berikan ini untuk buat preparation untuk IELTS exam ni. Jujur, aku tak seberapa buat banyak latihan sangat untuk IELTS ni. Aku sedar kerajaan dah bayar mahal untuk aku ambil ujian IELTS ni tapi aku buat samabalewa sahaja. Astaghfirullah. Bagi korang yang takde workshop atau memang takda bajet nak pergi prep classes. IDP ada bagi satu link untuk korang access module yang diorang sediakan.



Oh sebelum aku lupa, aku nak jelaskan tentang komponen yang IELTS ni ada. So basically, IELTS terbahagi kepada 4 komponen seperti dalam gambar di bawah


Image result for ielts component
Gambar cilok Google 

Dalam bahagian writing tu ada 2 bahagian kan, Academic dan General Training. Aku ambil Academic sebab untuk application dan kemasukkan university. Option ini juga boleh digunakan kepada meraka yang nak sambung Masters atau Phds. Setahu aku yang General Training itulah yang biasanya diambil oleh mereka yang nak stay overseas atau kerja overseas.

  • Speaking
Komponen pertama yang aku ambil ialah Speaking. Speaking takdelah best sangat tapi biasalah nervous sikit awal-awal sebelum masuk bilik interview. Sebelum tu, ejen IELTS akan minta korang 'thumb' print jari TELUNJUK pada finger scanner dan ambil gambar korang. Tak boleh senyum tahu just buat muka macam masuk lokap ! Then baru korang boleh masuk bilik interview.

Jangan takut dan jangan risau, hanya 2% sahaja tendency korang akan diinterview oleh mat salleh. Selebihnya mungkin korang akan diinterview oleh aunty-aunty Chinese atau Indian.

Firstly korang introduce diri korang, simple-simple je. Cakap nama ngan umur sudah. Nanti dia tanya la background pasal korang kalau dia rajin nak tanya. Setengah kawan aku ada yang tak tanya terus masuk topik. Tapi waktu turn aku dia tanya (mungkin sebab awal pagi masih energetic aunty-aunty ni). Dan seterusnya dia akan tanya tentang general knowledge question yang korang kena sembang. Goreng-goreng je. Aku dapat soalan how to reduce overpopulation in city kot. Pandai-pandai lah aku goreng waktu tu dengan muka konfidennya.

  • Listening
Jujur, aku terciduk time listening. Bagi aku seorang anak jati melayu memang aku tak faham British accent mat salleh tu. Aku sumpah memang tak faham langsung British accent. Aku lagi rather dengar indian accent la berbanding British accent. British accent memang aku out habis. Jadi, aku nasihatkan korang kena fokus gila-gila time listening. Aku sebagai penghidap ADHD memang payah nak fokus. Aku terpaksa paksa otak aku untuk fokus time listening. BTW, korang boleh isi jawapan pada 10 minit extra yang dia bagi.

  • Reading
Takdelah terciduk macam listening tadi, agak better. Korang just kena pandai arrange masa untuk jawab soalan-soalan yang diberikan sambil transfer terus soalan dalam answer sheet. (Ni PENTING)


  • Writing
Aku rasa untuk part ni just tulis je apa yang terlintas dalam kepala. Sediakan vocab yang hebat-hebat sebab dia nak tengok vocab power yang sesuai dengan ayat. Orang cakap part ni susah nak score. Aku main buat je sambil guna pensil HB yang susah nak padam ya amat tu. Basically aku takde feel nak buat karangan guna pencil HB merah tu.


Image result for hb pencil red

4. 13 Hari Untuk Berdoa

So korang ada 13 hari untuk mendapatkan keputusan IELTS anda. Sepanjang tempoh ini banyak-banyak berdoa dan tawakkal. Yang penting lupakan pasal result IELTS tu sebab dia akan menganggu emosi korang sepanjang tempoh 13 hari tersebut. 

5. RESULT DAY

13 hari yang dihitung telah pun berakhir. Berbekalkan doa yang tak seberapa dan kepasrahan. Inilah hari keputusan korang akan keluar. Bagi yang terlupa, jangan risau IELTS akan sentiasa mengingati anda. Satu emel akan diberikan kepada korang untuk semak keputusan masing-masing.

Aku dapat result time musim covid-19

Aku terkejut bila buka portal untuk semakan result sebab aku lepas minimum requirement MARA!
Aku tahu dengan penyakit ADHD aku yang susah nak fokus time exam ni membuatkan aku rasa agak tak yakin untuk lepas. Trauma gagal first test ujian memandu masih menghantui. Dalam kepala aku asyik fikir untuk batalkan sahaja hasrat aku untuk belajar luar negara kalau aku tak ujian IELTS yang ni. Tapi Allah has his own plan. Result aku? Atas pagar 6.5 points. Dah jangan tanya banyak. 


                                                         
Hikmah yang aku dapati. Lepas aku tahu result aku, aku tengok ramai ja member aku yang dapat tinggi-tinggi. Jeles tu memanglah jeles. Tapi, aku fikir aku patut bersyukur dengan result yang Allah dah hadiahkan buat aku. Even kalau aku tak lepas pun aku akan tetap bersyukur dengan result yang aku dapat. Hadis ini, sentiasa dalam kepala aku tiap kali aku hadapi situasi macam ni.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم

Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Yang menulis,
Rahil 
12:33 a.m
24/3/2020




Wednesday, March 11, 2020

Teruskan Hidup

Assalamualikum, hari ini aku nak ceritakan serba sedikit tentang cebisan kehidupan aku yang sudah kian lama aku perapkan dalam diri aku yang hina ini.

Aku mahu kongsikan tentang perihal rakan. Ya, kehidupan sebahai seorang pelajar setiap hari memang akan melibatkan rakan. Tidak dinafikan. Sepanjang aku hidup, aku tidak pernah mempunyai masalah dalam soal persahabatan.

Di saat aku menginjak usia 19 tahun. Sang Ilahi menguji aku dengan masalah persahabatan. Entah mengapa, aku bagai terasing dari rakan-rakan aku. Ya, bukan mereka yang mengasingkan diri tapi aku. Aku tidak selesa berada dalam satu kelompok yang sama dalam suatu jangka masa yang panjang. Aku merupakan seorang yang suka untuk bercampur dengan ramai jenis kumpulan manusia.

Aku masih ingat semasa aku di Kolej Klang suatu ketika dulu. "Friends" merupakan satu mutiara yang sangat berharga. Sahabat sejati tidak dapat kubilang dengan jari disana. Ramai yang sudi menghulurkan tangan disaat engkau dalam kesusahan. Aku sangat bahagia tinggal di sana walaupun kengkadang ada terselit sedikit duka.

Semuanya sudah berubah

Kolej dimana tempat aku menimba ilmu sekarang tidak begitu.
Manusia mula mempunyai nilai tersendiri
Dari yang berkelas "hina" hingga "privileged"

Sungguhpun tidak semua berkelakuan sebegitu, tetapi aku sedih kerana ramai yang bersikap begini.

Lebih-lebih lagi mereka yang datang dari sebuah suasana solehah. Mereka berada dalam satu persimpangan dilemma yang dasyat samada mahu meneruskan kehidupan seperti arus kolej ini atau apa yang telah di pupuk sejak kecil dahulu.

Ramai yang memilih jalan untuk meninggalkanya.
Kerna, mahu sejajar dan sama darjat dengan mereka.

Aku sedih.
Di saat rakan-rakanku cuba menikam belakang sang murabbi.
Hanya aku yang mempunyai pendirian yang bertentangan.
Aku tak sanggup untuk menikam belakang sang murabbi sedemikian rupa
Kerana aku tahu terselit sinar keberkatan dalam tutur bicaranya

Aku tahu, hidupku di bumi kolej ini bakal berakhir dalam tempoh satu putaran bumi setengah lagi.

Perjalananku mungkin penat
Panjang
Perit
Sakit
Indah?
Bahagia?
Mungkin

Aku harap hidupku selepas aku keluar dari tempat ini. Sang Ilahi akan menemukan aku dengab sahabat-sahabat yang lebih baik seperti mana dia temukan aku dengan sahabat aku yang dahulu.

Tatkala mereka melakukan dosa
Ada suara yang sudi menegur
Bukannya suara
Yang menguatkan lagi

Ya Allah, kau temukanlah aku dengan sahabat yang lebih baik akhlal dan sahsiahnya pada masa yang akan datang.
Ya Allah, kau berikan kesedaran kepada rakanku yang masih bergelumang dengan dosa pada saat ini, Ya Allah.


Yang mencoret,
Rahil
09.13 a.m.
Perjalanan ke bumi klang
11/3/2020