Wednesday, March 11, 2020

Teruskan Hidup

Assalamualikum, hari ini aku nak ceritakan serba sedikit tentang cebisan kehidupan aku yang sudah kian lama aku perapkan dalam diri aku yang hina ini.

Aku mahu kongsikan tentang perihal rakan. Ya, kehidupan sebahai seorang pelajar setiap hari memang akan melibatkan rakan. Tidak dinafikan. Sepanjang aku hidup, aku tidak pernah mempunyai masalah dalam soal persahabatan.

Di saat aku menginjak usia 19 tahun. Sang Ilahi menguji aku dengan masalah persahabatan. Entah mengapa, aku bagai terasing dari rakan-rakan aku. Ya, bukan mereka yang mengasingkan diri tapi aku. Aku tidak selesa berada dalam satu kelompok yang sama dalam suatu jangka masa yang panjang. Aku merupakan seorang yang suka untuk bercampur dengan ramai jenis kumpulan manusia.

Aku masih ingat semasa aku di Kolej Klang suatu ketika dulu. "Friends" merupakan satu mutiara yang sangat berharga. Sahabat sejati tidak dapat kubilang dengan jari disana. Ramai yang sudi menghulurkan tangan disaat engkau dalam kesusahan. Aku sangat bahagia tinggal di sana walaupun kengkadang ada terselit sedikit duka.

Semuanya sudah berubah

Kolej dimana tempat aku menimba ilmu sekarang tidak begitu.
Manusia mula mempunyai nilai tersendiri
Dari yang berkelas "hina" hingga "privileged"

Sungguhpun tidak semua berkelakuan sebegitu, tetapi aku sedih kerana ramai yang bersikap begini.

Lebih-lebih lagi mereka yang datang dari sebuah suasana solehah. Mereka berada dalam satu persimpangan dilemma yang dasyat samada mahu meneruskan kehidupan seperti arus kolej ini atau apa yang telah di pupuk sejak kecil dahulu.

Ramai yang memilih jalan untuk meninggalkanya.
Kerna, mahu sejajar dan sama darjat dengan mereka.

Aku sedih.
Di saat rakan-rakanku cuba menikam belakang sang murabbi.
Hanya aku yang mempunyai pendirian yang bertentangan.
Aku tak sanggup untuk menikam belakang sang murabbi sedemikian rupa
Kerana aku tahu terselit sinar keberkatan dalam tutur bicaranya

Aku tahu, hidupku di bumi kolej ini bakal berakhir dalam tempoh satu putaran bumi setengah lagi.

Perjalananku mungkin penat
Panjang
Perit
Sakit
Indah?
Bahagia?
Mungkin

Aku harap hidupku selepas aku keluar dari tempat ini. Sang Ilahi akan menemukan aku dengab sahabat-sahabat yang lebih baik seperti mana dia temukan aku dengan sahabat aku yang dahulu.

Tatkala mereka melakukan dosa
Ada suara yang sudi menegur
Bukannya suara
Yang menguatkan lagi

Ya Allah, kau temukanlah aku dengan sahabat yang lebih baik akhlal dan sahsiahnya pada masa yang akan datang.
Ya Allah, kau berikan kesedaran kepada rakanku yang masih bergelumang dengan dosa pada saat ini, Ya Allah.


Yang mencoret,
Rahil
09.13 a.m.
Perjalanan ke bumi klang
11/3/2020


No comments:

Post a Comment