Monday, September 2, 2019

2 tahun yang mesti azab

Assalamualikum WBT dan Hi
Hari ni aku nak luah segala-galanya yang tersemat dalam hati ni sampai aku tak rasa apa-apa lagi.
Aku tak tau sama ada keputusan aku untuk masuk KMB ini adalah satu keputusan yang betul atau tidak sebab saban hari makin banyak pulak rumours pasal 'susahnya ib'..
Ended up sekarang ni aku mula menyesal secara perlahan-lahan
haha

aku tahu yang aku baru sahaja berada dalam semester 1 iaitu semester yang boleh dikatakan tak berapa sibuk berbanding semester 3 dan 4 yang akan datang tapi aku risau.
ya risau
tentang masa depan aku kat KMB ni sebab saban hari aku nampak masa depan aku makin kabur ja bila dok sini (Same thoughts went in my head when I was in KISAS too). Ya la, mana taknya semua budak top scorers di serantau Malaysia berkampung kat sini. Aku ni, tak la berapa hebat bila nak dibandingkan dengan depa..
Kadang-kadang aku rasa diri aku ini macam tak setaraf kawan-kawan sekelas aku yang lain
Ya lah, dorang proactive dan bijak-bijak belaka, selalu study, smart etc
Tapi aku ni, macam insan yang sesat dalam kelas tu... ya lah, classmates aku tujuh orang ja kot. obvious gila

Setiap kali test atau quiz, aku mesti antara yang terendah. Ya, terendah sekali (Ni baru quiz tak tahu la result semester 1 nanti macam mana hurmm)
Dan aku rasa tertarik untuk tulis entry pasal kehidupan aku yang boleh aku katakan 'unik' dalam entry aku kali ini sebab, rata-rata blog dari exKMB yang aku baca tak ramai yang senasib dengan aku, di mana selalu dapat markah rendah dalam exam, tak faham cikgu mengajar, belajar tak masuk-masuk.. *sigh...  Tapi rata-rata dari mereka adalah budak yang memang pandai dan tak memerlukan usaha yang berganda macam orang macam aku ni..

Cikgu-cikgu dah mula bagi warning tentang exit policy kat kami di mana kami perlu dapat pointer 30 points ke atas jika masih mahu berada di bawah naungan MARA (cehh ayat).. Tapi tula, aku ni cofident tak la tinggi sangat harap-harap boleh la lepas 30 points tu kalau tak bersedia je la kena drop out nanti *double sigh

Fikiran aku mula lah melayang, boleh ke aku nak fly nanti kalau aku macam ni je kat kolej (macam tak je nak fly tu)..

Ntah la geng aku tak tau nak fikir apa sekarang sebab memang otak aku serabut dengan kerisauan dan aku rasa macam nak lari dari semua realiti ni dan duduk dalam bilik aku tanpa buat apa-apa sahaja sekarang sebab ya aku takut untuk hadapi realiti kehidupan

Aku dah penat asyik dapat markah rendah
Aku penat jadi yang paling bodoh dalam kelas
Aku penat sangat

Aku jeles gila ngan kawan-kawan aku yang top scorers dalam setiap exam dan quiz dan tak perlu risau setiap kali cikgu distribute markah kuiz
Aku jeles dan aku teringin nak 'normal' macam depa semua

Tapi aku sangat yakin yang mesti ada hikmah kenapa Allah kurnia aku untuk hadapi satu kegagalan demi satu kegagalan
sebab dalam surah Ad-dhuha sendiri Allah ada kata kepada Nabi Muhammad

 Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 

Ya, setiap permulaan mesti perit dan kesudahannya adalah sangat manis
Aku pegang ayat ini sebab aku dah pernah rasa dulu masa aku kat KISAS dulu. Permulaan kat sana memang perit tetapi kesudahannya adalah kemanisan dan aku harap perkara yang sama juga berlaku kat aku di KMB ni

akhir kalam, doakan aku geng, dapat survive dalam IB di KMB ni dan mungkin dapat fly sekali (tapi kalau tak pun takpa aku ok ja, tapi tipulah kalau cakap tak ada perasaan nak fly tu)

Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat
Wassalam




No comments:

Post a Comment