Assalamualikum WBT
Harini aku nak share skit pasal Twitter
Aku tak tau nak cakap camna but lately ni aku asyik rasa down ja
Aku tak suka gila bila time aku rasa down ni datang menyelebungi diri aku sebab
Dia akan menyebabkan aku rasa overthinking gila
Bilamana aku start overthinking ni, mula la aku risau pasal kegagalan² lepas dan akan datang
Peristiwa aku gagal JPJ, markah test barai and etc
Sebab aku fikir all of these things required money
Aku memang sensitive bab² yang berkaitan duit ni sebab bagi aku duit adalah suatu perkara yang boleh manfaat banyak benda berfaedah yang lain selain dilaburkan kat diri aku
Sebab aku tak yakin duit yg kerajaan laburkan dan parents aku laburkan ini akan berhasil suatu hari nanti
Duit ni boleh jadi darah daging kot kalau disalahguna dalam kehidupan
Tulah, whenever aku feel down or lame aku akan scroll fb, baca iiumc, ataupun baca twitter Zamir Mohyedin sebab honestly, semua penulisan dia ilmiah gila kot. Aku minat gila segala penulisan sains dan fizik dia dan vlog ML Studio dia pun aku senang faham penyampaian dia. Kalau dia jadi lecturer Physics aku, confirm aku akan duduk depan sekali time lecture dia (Tapi test atau exam aku tak guarantee perform la)
Then aku akan baca twitter² para pengguna twitter ilmiah yang lain macam Mat Luthfi, Siti Awe etc.. sebab tulisan diorang tak mengarut malah ilmiah haha
Deep inside, aku teringin jugak nak jadi speaker yang lantang menyebar ilmu dan mentarbiahkan rakyat Malaysia tentang banyak perkara yang dalam kalangan Malaysians ni tak aware sangat macam pasal ubat², isu global, marine life etc
Tapi aku honestly tak tau nak share pasal apa sebab ilmu dan pengalaman aku tak cukup penuh lagi dalam dada ni maklumlah baru foundation student Year 1.
Inshallah bila aku dah habis degree dalam Geology satu hari nanti (Inshallah) aku nak jugak share pasal Geology through platform macam ML Studio ni hahaha XD (lambat lagi kot berangan lebih) sebab bagi aku Geology ni satu cabang ilmu yang agak menarik jugak la sebab kita kaji pasal alam kan..
Aku harap dengan belajar Geology ni mungkin dapat dekatkan diri aku lagi dengan Allah... Keindahan ciptaan Allah ni kan Maha Agung dan banyak lagi khazanah alam yang masih kita tak kaji lagi
Aku harap jugak nanti lepas study aku tak mengangur lah sebab nak bayar balik hutang piutang aku dengan Umi dan Abah (Ya aku anak yang paling banyak membazir duit huihui 💸💸) and MARA (Terima kasih sebab percayakan saya.. Inshallah saya akan majukan anak bangsa suatu hati nanti)
Inshallah... kekadang tu kan aku ada jugak terfikir apa yang mungkin akan jadi dalam hidup aku yang sadis ni.. tapi semalam I bumped into this post from Akh Aiman Azlan on twitter
Ya, indeed Allah dah catat riwayat hidup kita cuma sahaja yang tak tahu bagaimana riwayat hidup kita akan berakhir
Well frankly speaking, live while you are still alive and breathing.. just follow the flow and do the best as you can
But honestly, akh Aiman ni motivating betul la.. memang tabik spring la kat dia haha..
Aku rasa sampai sini je kot penulisan entry aku untuk hari ini... mungkin esok² kalau aku rajin inshallah aku update lagi..
Sori bang guna tanpa permission.. mohon halal ye 🙏 |
Wassalam
Rahil
3September2019,Selasa
6:50 p.m.
No comments:
Post a Comment